START THE STEP!

START THE STEP!

Saturday, June 6, 2009

Kisah Manusia...






salam alaik....sobahal kher, amel eh,izaiyak?...amlah eh,izaiyik???





hari ahad ni klu ikutkan still cuti kalau time ana duk UM dlu2...la ni duk kursus araB di UKM pun masih cuti even memang cuti sekolah pown...^_^


apa ya tulisan ana dilwaktey(sekarang).??


time duk kemas2 dapur yang amatlah berselerak 2, ana tetiba telah ditakdirkan berjumpa buku KOMSAS....
Gambarnya lebih kurang buku di atas la..cuma warnanya PINK COLOUR~
belek2 buku 2 menggamit memori time form 2...tetiba ja di m/s tertentu ana terjumpak sebuah cerpen....lama dah ana tulih....macam xsedap ja...almaklumla time form 2....huhu


tajuknya xtau lagi, mungkin sahabat2 sekalian boleh recommend...baca la even boring...



Aku terjaga. Jam di dinding musolla menunjukkan pukul 6.30 pagi. Astaghfirullahalazim....beberapa kali aku cuba beristighfar. Kini aku kembali ke alam nyata hatta kembali dari mati yang sementara. Zikirku yang tadinya tergendala hatta kelalaian, aku teruskan. Ya Allah, tenangnya!!!!

Aku masih di sejadah sehingga kak Sal datang mengajakku ke DM(femes klu duk asrama).
Tanpa berlengah aku pun segera meletakkan telekung. Jubah maroon yang aku pakai aku kemaskan.
kak Sal tersenyum memandang,"awatla baju nte lagu tu??..huhu...kedut seribu...maleh nak iron lagi la tu."
Aku hanya tersenyum dengan pelat kedah kak Sal yang sememangnya PEKAT!!!
huhu...memang aku ni payah la nak iron baju. Kalau dari jauh memang orang boleh cam aku. Pada aku, iron baju ni macam bazir letrik ja di samping alasan lain iaitu KASLANAH!!!
Sebenarnya hasrat hati tak mau makan lagi sebab DHUHA aku masih tertangguh. Namun, rasa aku cuba untuk eratkan lagi silaturahim dengan kak Sal, lantas mengambil keputusan untuk ikutnya. lagi pulak kak Sal mudah berkecil hati. Aku bimbang lantaran kata2 Kal Asma masih lagi terngiang-ngiang di telinga ni," Jangan sesekali menyakiti hati orang kerana kita akan disakiti kembali."
aku yakin selepas ini Allah akan memberi aku kesempatan waktu untuk aku sempurnakan DHUHA aku..ya...AKU YAKIN!!!!
sebenarnya jauh di sudut hatiku, aku bersyukur Allah takdirkan aku di MA'HAD ni. ALHAMDULILLAH..ya...Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mau~
Bukannya apa, aku terasa ukhwah yang mantap di sini. Di sini juga aku rasa aku lebih mengenali PENCIPTAku..kalau dulu aku hanyut..
Dan saat mentari pagi masih diselimuti kabus yang menipis,
hati aku berbisik,"kalau dari dulu lagi aku ke sini, mungkin perkara itu tak terjadi. Satu rahsia. Tentang masa silamku yang aku bole katakan JAHIL." saat itu terasa air hangat bertakung di kelopak mata. ingin ia turun tapi aku tahan. saat itu hanya ada bisikan antara aku dan DIA YANG MAHA ESA.
tiba-tiba aku dikejutkan dengan teguran kak Sal,"awat dengan mata nte. nangis ka tau pun masuk habuk?"soalan kak Sal yang aku rasakan lucu aku jawab tenang
"mata ana masuk habuk kut. jom lah kak Sal. nanti habis plak roti canai favourite kak Sal tu..mau menangis seminggu nak kena tunggu makan pulak..huhu.." cuba aku sembunyikan rasa hatiku dari dibaca kak Sal ni.
Namun perasaan aku terhidu kasih sayang seseorang,"ibu...aku rindukan dirimu.."
Usai selesai sarapan@fathuroh, aku dan Kak Sal berjalan ke HADIQAH AS-SAKINAH. kondisinya setenang namanya. aku rasa bersyukur dan kagum. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH...
telinga aku sekali lagi di sapa suara kak Sal, "sebenarnya, ana tengok nte ni macam ada problem ja. fi mushkilah??..Tadipun ana perasan nte ni cam nangis ja. mata masuk habuk len warnanya.."
kak Sal meneruskan kata," kita kan sedara se-ISLAM, cuba nte luahkan apa problem nte. kalau ana tak boleh tolong sekalipun sekurang-kuarangnya nte rasa release nanti."ikhlas dari hati Kak Sal.

Tanpa dipaksa dan ditahan-tahan lagi akhirnya air mata aku mengalir juga. Kolam mata yang aku bentengkan kesabaran agar tidak menangis kerna bencana tak mampu lagi aku sembunyi. Dan kak Sal menyapunya diiringi nasihat yang amat berguna,
"Sabarlah, beristighfar banyak-banyak. Luahkan apa yang terpendam dalam hati nte tu. insya-Allah selesa nanti".

Aku masih teragak-agak. perlukah aku membongkarkan rahsia ini kepada kak Sal sedangkan aku tak pernah dedahkannya kepada sesiapa pun. dan akhirnya bibirku menutur kata...
"Ana ada ibu dulu."aku mulakan cerita. "Tapi dah lama ibu meninggal. dan.....dan....ana lah punca ibu meninggal."satu persatu aku tuturkan. serak di tengkuk makin terasa.
kak Sal hanya diam tanda menyuruh aku meneruskan cerita.
"dulu, ana sekolah harian kak Sal. Ana, ibu dan nenek ana tinggal serumah. Kami miskin kak Sal. tu la yang menyebabkan ana malu untuk ke sekolah. setiap tahun ana pakai baju yang sama. Kasut kalau terkoyak pun terpaksa ana pakai juga. Semua ni sebab kami tak mampu kak Sal."lama aku berhenti. mengimbas kembali kenangan2 lalu yang pedih itu.

"kak Sal, dulu ana teruk sangat. Apa yang ana tak pernah cuba. mencuri, melepak, membuli ponteng sekolah dan banyak lagi la. ana pun tak tau syaitan mana yang merasuk ana time tu. pernah sekali dua ana kena tangkap dengan Guru Disiplin. Tapi nasib sentiasa menyebelahi ana. ada saja alasan yang ana berjaya reka.
Tapi ibu ana selalu menasihati ana lantaran sikap ana tu. dan ana hanya amik nasihat ibu masuk telinga kanan keluar telinga kiri....NOTHING!!!...ana rasa menyesal.
Sampai satu ketika time kenakalan ana ditahap maksimum, ana akhirnya dibuang sekolah. bayangkan kak Sal, seorang GaDis..dibuang sekolah. ibu mana tak sedih..tapi bagi ana masa tu..sekolah tak sekolah sama saja. masa lapang diisi dengan berjumpa kawan-kawan yang sekutu dengan ana.
tapi satu hari tu juga, ibu berkata,"Zai, jom ikut ibu ke kebun."
dan lajunya bibir ni menutur kata2 kurang ajar tu,"Eh, bu ni!nngada-ngada pula hari ni. selalu pi seorang boleh ja. Dah2..Zai tak mau ikut. Zai nak keluar. Petang baru balik!!!"
Air mata ini mengalir lebih laju. ada sesal dalam suara.
Ibu menutur lagi,"tak pa lah Zai. Ibu pergi seorang ya nak. Nanti ibu tak ada jaga nenek ya. Ingat Allah selalu. Jangan rasa bersalah ya Zai. Ibu teringin tengok Zai berubah. "seperti angin saja ana dengar kata-kata ibu tu. lantas ana membuka langkah menuruni tangga.
dari jauh ibu melaung, "Zai, ibu maafkan Zai. Ibu sayang Zai!!!!"
Mungkin itulah sayang dan kata ibu yang terakhir dalam hidup ana sebagai anak kak Sal.
sebab petang tu ramai sangat orang di rumah. semuanya berbaju kurung bagi perempuan bagi lelaki ada yang berjubah dan ada yang memakai baju melayu saja. Lagaknya seperti sebuah majlis kenduri. Namun, bila ana terpandangkan wajah2 mereka yang hadir...semuanya SURAM seperti bersedih dan bersimpati dengan sesuatu.
Hati ana dilanda risau yang maksimum. Betul lah tekaan ana yang cuba ana nafikan. Rupanya itulah kali terakhir ana melihat ibu ana. Saat itu jugalah air mataku mengalir lebih laju lagi. Aku menangis semahu-mahunya. Sedih dan sesal menjadi satu. KENAPA AKU TAK MENJADI ANAK YANG BAIK?!!!!.. KENAPA AKU TAK MENTAATI DAN MEMENUHI KEPERLUAN ORANG TAU KU????!!!...AKU ANAK DERHAKA!!!..
pelbagai mainan minda berlegar-legar di ruang lingkup fikiran ku yang semakin tak waras ketika ibu meninggal...Aku meratap wajah ibu...betapa jahilnya aku waktu 2...
"sepatutnya kita tidak boleh meratapi orang yang sudah mati, kerana ini akan menyiksa nya lagi. Berdoalah"

Air mata aku membasahi tudungku dan riba kak Sal...biarlah kak Sal tahu kisah aku. biarlah apa orang lain nak kata melihat aku menangis begitu. yang pasti aku ingin DOSA ku diampunkan ya RABBUL ALAMIN...
"sabarlah..setiap perkara ada hikmahnya. sekarangkan nte dah berubah. Allah tak uji hamba-Nya jika Dia tak sayang kita. Berdoalah untuk ibu nte di sana ya...moga dia bersama orang yang SOLEH."tenang kak Sal menutur kata.

Alhamdulillah...aku akhirnya selesaikan juga DHUHAku.....Kak Sal juga masih kelihatan di sudut Musollah sedang menghafaz.

Dalam doa aku...
'Ya Allah, Tuhanku Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun. sesungguhnya hambamu ni berdosa. Hanya Engkaulah yang Mampu mengampuni dosa-dosaku...ampuni dosa aku yang telah lalu. Terimalah taubatku ya ALLAH. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Redhakanlah kehidupan mereka di sana juga kehidupanku di sini. Kurniakanlah ku kebahagiaan hidup dunia dan akhirat...
Amin...

























Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

No comments: