START THE STEP!

START THE STEP!
Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

penulisan tiba-tiba


 salam alaik. uhhhhhhhhhhhhhhhhhh....satu keluhan dan batukan yang sangat panjang aku usulkan kat sini. pertukaran musim menyebabkan simptom ini adalah biasa. satu annoying kat orang lain mungkin. dua..ianya adalah KIFARAH DOSA. huhu...sangat-sangat lah lama tak melihat ke blog ni, blog mungkin sebagai salah satu USLUB DA'WAH. ya la sedar diri ini siapa. ingin melontarkan idea terbantut pulak, ingin berkata-kata tersekat-sekat. jadi, jangan risau, Allah jadikan setiap nya ada jalan. ini jalan aku pilih.

teringat satu kata-kata daripada DR SUHAINI-pakar anaesthatic dekat IJN  (thumbs up!) time ritu PERUBATAN PUSAT buat SEMINAR aku ada pergi la. satu kata-kata beliau sangat melekat dalam  kepala ni. BERUBAHLAH KE ARAH PENULISAN YANG LEBIH SERIUS!
aku ada gak la survey2 senior2 yang mantap tsaQofah depa, macam mna nak tulih dan ulas isu2 ni ek?

JAWAPAN---------->ada dalam inbox msg FB (maleh nak tulih T_T kat sini. huhu )




 dan satu la, kenapa kita kena dan perlu ke arah penulisan yang lebih serius
1. sebab kita adalah SYABAB! =pemuda!
2. Kita adalah MAHASISWA!
3.Kita adalah DAIE
4.kita adalah MUSLIM!
5.kita lah akan mencorakkan ke mana negara kita, kita yang akan membawa ahli keluarga kita, kita adalah salah satu sumbangan ke arah KHILAFAH ISLAMIYAH yang dijanjikan Allah!



akhir-akhir ini, aku melihat PERUBATAN semakin matang dalam gerak kerja yang dibuat. penglibatan ahli semakin bertambah. walaupun semua asyik berkata orang yang sama ja, hakikatnya semua ini perlu kepada masa, aku yakin PERUBATAN akan membina tapak nya sendiri suatu masa nanti asalkan dasar nya masih dengan Al-Quran dan Sunnah. di sini, aku menyatakan sokongan penuh ku UNTUK PERUBATAN!  dan aku jugak menyeru sahabat-sahabat lain untuk bersama PERUBATAN. kita bawak satu manhaj dan fikrah yang sama. ISLAH DIRI DAN AHLI. perlukan idea dan kerjasama dari semua orang yang MAHU terutamanya.
namun, kebelakangan ni, aku pelik dan bertambah pelik. muncul satu jemaah. bukan baru pun. agak lama la. seolah-olah mencari TAPAK dan PENGARUH untuk jemaah mereka. hairan BERMAIN-MAIN di fikiran sebab aktiviti yang sama saja dengan apa yang di anjur, tak dinafikan, semua mengatakan ini jalan dakwah yang kami nak bawak. kami ada niat kami.
ya...ya...dan ya...betul tu, namun, kita kena sedar, cuba kita perhatikan sekeliling kita, ramai orang yang sedar tentang islam(sbb zaman iT ni tak boleh nafi kalau kata tak tau), tapi masih tak mahu ikut ISLAM IS THE WAY OF LIFE~ jadi, kita sebagai yang sedar awai ni kena WAJIB sedarkan yang lain2 tu. dalam PERUBATAN sendiri ada wasilah2 kita sedia dah. kenapa dan kenapa aku sangat2 hairan kita nak jugak buat wasilah2 lain. ya...................kalau ada idea, kenapa tak datang ke PERUBATAN dan curahkan idea2, dengan itu cakap2 kosong PERUBATAN asyik orang yang sama ja akan terjawab. hakikat nya, semua ni atas kefahaman dan kemahuan sendiri. individu wajib mengambil peluang.

cuba cari jawapan kepada persoalan2 melalui wasilah2 yang disediakan. bertanya ustaz2....aku penah dengar satu kalam ustaz, aku tak ingt, sory, SESUATU YANG TERTUBUH HASIL DARI PERPECAHAN MAKA DIA AKAN BAWAK KEPADA PERPECAHAN. itu sangat2 aku nampak sekarang ni. ya Allah...satukan hati-hati kami. T_T
mintak maap kalau ada terkasaQ bahasa atau sebagainya. ini hanyalah pendapat aku atas kefahaman aku. ssesiapa tak puas hati bolehlah mencari kefahaman dari sumber2 lain. wallahu Taala a'lam~




 ~teringin nak baca buku ni, asyik dipromote DR MAZA~









Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Sunday, December 4, 2011

EDISI KHAS KEMPEN!



salam alaik. kesibukan menjadi alasan utama untuk mengatakan "malas update blog". namun menyedari POWER blog, mungkin kegunaannya boleh dinaik tarafkan lagi. hehe

post kali ini mungkin pendek juga, cuma untuk menyatakan:

VOTE FOR NUR AIN ZULALIZA!



 menyoroti kisah aku mengenali dirinya, di UKM dulu mungkin, aku hanya meng"OBSERVE" dirinya dari jauh. pada hemat aku, "ish, dia ni mesti lembut la. budget ayu".
namun, setelah mula rapat dengannya di UNI MANSOURA, baru ku tahu, ada KEAKTIFAN pada dirinya, dia yang aku kenal, begitu fleksibel, sangat-sangat memahami, fokus dan berani! aku sentiasa kagum dengan dirinya yang sentiasa cuba perbaiki diri. ini sangat-sangat dapat aku lihat setiap kelas dia pasti pergi. SAY NO TO PONTENG!
begitu juga ilmu-ilmu fardhu ain yang lain, melalui kelas Madrasah Imam Nawawi anjuran PERUBATAN MANSURAH, muka dia ni mesti ada punya. melihat dirinya begitu komited, membuatkan aku terpanggil untuk terus menyatakan sokongan ku padanya. kerana aku tahu, pilihan aku tepat!JOM sama-sama turun mengundi, nyatakan siapa pilihan anda. tapi yang pasti, ayuh jalankan tugas kita, dan pilihlah siapa sahaja asalkan ISLAM TERLAKSANA.
wallahu Taala a'lam~

 ~ILMU DICARI, AMAL DISEPAKATI, ISLAM DIHATI~












Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Wednesday, September 21, 2011

PENULISAN QOLBU-HATI 2





salam alaik. berlalulah sudah ramadhan. syawal pun akan berlalu tidak lama lagi.  masa terus berlalu. kita pula bagaimana? maksud saya, umur kita. ya! umur kita akan terus berlalu. semakin hari semakin kita JADI TUA! 

mengambil satu hadis riwayat Ibnu Mas'ud bermakna:

"perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurangan, akan tetapi amalanku tidak bertambah"

KISAH KECIL:

dalam kesibukan diri, saya menemani seorang sahabat ke CAIRO untuk mengirim barang kepada ibunya di Malaysia melalui sedaranya. nak dijadikan cerita, perjalanan kami penuh dengan liku. tak ketinggalan juga dengan 1st experience terdampar di BANDAR yang tah mana letaknya. 
T_T

(tu la, naik tremko sesuka hati =_= )

kami pun sedaya upaya bertanya arah dan orang arab banyak membantu membawa kami pusing2 dalam bandar yang sama
T_T
baru kami sedar rupanya SESAT di bandar lain. 
bandar tujuan kami ialah MADINATUN NASR. 
tapi kami terdampar di MADINATUN SITTAH OKTOBER.
seni bina yang tidak pernah dilihat di MESIR terutamanya, mengagumkan kami menyebabkan kami teralit seketika. ngeh3
seakan-akan berada di Malaysia yang tempat orang kaya sahaja +_+

dan akhirnya, pusing punya pusing, naik tremko ke ramsis balik. kami telah membazirkan masa selama 6jam di dalam tremko. 

selesai
____________________________________

ADA HIKMAHNYA =)

namun, bukan itu matlamat utama saya bercerita. tujuan nya saya nak nampak kan hikmahnya. 
bila dah lewat kami sampai, maksudnya lewat juga kami bersiap untuk balik ke mansoura semula. 
ibunya si sahabat saya call, meminta dirinya call sedara mereka tu la, kebetulan kami tak balik lagi, 
"  akak memang ada di umah ia la ni (dalam bahasa klate)," oyak sahabat saya.
" beri kat ia, ummi nak oyak sikit, " ummi dia balas balik.

tiba2 sedara nya si sahabat saya ni nangis sangat2, rupanya mamanya meninggal, 
innalillahiwainnailaihi rajiun....

kami cuba menenangkan dia. mujur abang dia ada juga datang. 
kami yang tadinya nak balik tak jadi balik, consider nak teman sedara sahabat saya ni.
agak tenang sikit dia, kami nak pi beli nasi, balik2 ada kawan dia.
2 orang yang sepertinya pernah ku lihat. 
^_^

tak putus2 nasihat keluar dari mulut teman2 adik ni. aku bangga dia ada kawan yang macam tu.

dan sesungguhnya cerita ini tidak lengkap, untuk lengkapkan nya sila datang jumpa saya saja. huhu
^_^

al-fatihah untuk mama anis;   
                                                           wan meriah binti wan sulaiman
untuk adik wan nor anis farhana. bertabahlah! ada lebih baik untuk adik Allah akan beri.



indahnya rahmat ujian Allah~

nak bagi tahu hikmahnya, 

1. kalau lah kami balik awai, mesti tak ada sapa nak temankan adik tu time dia sedih berita mak dia meninggai, nak katanya Allah letakkan timing yang betui sampai kami terpaksa melawat bandar SITTAH OKTOBER sampai 6jam!

2. betapa kita ni, lemahnya kita, menginsafi diri kita dengan kematian. menunjukkan KEBESARAN ALLAH. Dia lah Maha Mengetahui bila kita akan mati. dan bagaimana. kerdilnya kita sebagai hamba. 
Allahu Rabbuna!

3. betapa pentingnya ukhwah kerana Allah, bila susah, sanggup sahabat adik tu datang dari jauh, semata-mata nak comfort dia. teman dia. bagi semangat. dan kata2 semangat mereka tu, sentiasa MENYURUH ADIK TU KEMBALI PADA ALLAH.

4. betapa kita sebagai manusia. pandai berkata-kata, susah, kembali pada - Nya, jadi, time ni lah Allah uji, kita ni SABAR kah bila apa yang kita kata tu jadi kenyataan. 
(ya Allah, aku sendiri tak tahu mampukah aku sabar sekiranya mama aku pergi)

5. etc, 
sangat banyak hikmahnya aku nampak dari peristiwa ni.

dan setiap yang Allah tetapkan memang berhikmah. Dia Maha Adil lagi Maha Mengetahui apa yang hamba-Nya perlukan.


indahnya UJIAN~

-Dia nak dekatkan lagi diri kita dengan diri-Nya, maka dia ambil orang yang kita sayang.
- Dia nak tingkat kan lagi darjat kita, maka dia uji kita dengan ujian yang berat.
- Dia nak ganti dengan perkara yang lebih baik, maka kita perlu bersabar dan yakin dengan ujiannya.
- Dia nak ingatkan kita, kita hanya hamba, Dia lah Pecipta kita, Maha Esa, Maha Kuasa.

ya Allah.
KAU MENGETAHUI SEGALA ISI HATI KAMI. KAULAH TUHAN YANG MEMBOLAK BALIKKAN HATI, TETAPKAN HATI KAMI DI JALANMU DAN KETAQWAAN KEPADA PERINTAH MU. 
KURNIAKAN KEPADA KAMI APA YANG KAU ANUGERAHKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG SOLEH. 
ALLAHU AMEEN.


dan ingatlah, "SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI MATI"

persoalannya, BERSEDIAKAH kita?
 
 
 hargai ibu bapa kita, orang di depan kita. sebab bila mereka di ambil nanti, tak ada peluang kita nak hargai dah. hanya doa mampu di kirim.
p/s: untuk diri ini, call abah mama selalu. T_T

lupa pulak, khas untuk adikku yang telah menjadi tua. 20 tahun sudah anda. mintak maap kakak ni garang dengan ang. yang pasti, kakak sayang semua adik2 kakak.kalau lah hampa tahu. T_T


kakak sangat2 harap ang akan jadi ustaz , daie, murabbi , waris mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. untuk adikku, aku sangat hargai kamu.  =P



wassalam~









Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Friday, August 5, 2011

PENULISAN QOLBU-HATI 1


بسم الله الرحمن الرحيم

salam alaik. ramadhan kareem. kullu sanah wa entum bilkhair. fastabiQul khairat!
alhamdulillah. sedar atau tidak. ramdhan terus berlalu. hari ke-6 sudah. bagaimana dengan tarbiyah kita?



hati...............................BAGAIMANA MENYENTUH HATI? satu kitab hati yang sangat 

terkesan. even saya baru ja baca sampai muka surat 38(hehe. T_T)

bermula dengan kata-kata penghantar, pendahuluan dan setiap helaian muka nya. penuh dengan 

iktibar dan pengajaran. penulisan seorang ikhwan-Abbas as-siisi! dan paling 

penting daie! 
DOWNLOAD dan PRINT=bagaimana menyentuh hati(link)





Pendahuluan

pembentukan fardhu muslim merupakan asas pembinaan kepada khilafah islamiyah. fardhu/individu muslim merupakan batu-bata yang merupakan tunjang kekuatan agama islam. menyedari hakikat ini, penting untuk setiap daie=pendakwah menguasai "ilmu hati" berlandaskan syarak untuk menarik dan membawa aset2 penting ke arah melahirkan individu muslim seterusnya menjana baitul muslim, mujtama' muslim, daulah islamiyah serta khalifah islam! 



Bagaimana?

saya sendiri selalu menyoal diri. bagaimana nak bawa masyarakat sekeliling terutama ahli keluarga, sahabat, rakan dan taulan ke arah kefahaman islam? bukan belagak kita faham, cumanya, kesyumulan islam yang kita rasai ini memberi kita satu erti KEFAHAMAN yang menatijahkan diri kita untuk menceritakan kemanisannya kepada orang lain.

"ibarat kita memakan buah limau yang manis dari sebuah kedai. tanpa di suruh oleh si tukang kedai, secara automatik, kita akan rasa nak mempromote kemanisan limau itu kepada sahabat2 kita"

"umpama juga barang yang ber"BRANDED"-ex: ADIDAS,etc, secara automatik. kita akan rasa nak mempromote.

itulah islam. bukan kita ni perfect sangat, tapi rasa kemanisannya menyebabkan kita faham!perlu untuk kita sebarkan rasa manis itu!

jadi, masalahnya sekarang, bagaimana?



Kasih Sayang.

ya, tepat!

itulah dia.

kasih dan sayang.

Perasaan dan kasih sayang adalah "bahasa" internasional yang digunakan  oleh
daie dalam menghadapi seluruh penduduk bumi, hingga kepada orang bisu
sekalipun.

Allah swt berfirman,

"Maka disebabkan rahmat dan Allah lah  kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu." (Al-Imran: 159)


dalam buku ini, saya dapati satu analogi yang menarik, iaitu, melalui kasih sayang. kita akan dapat "menarik" mad'u-umpama kita ni memegang remote control TV tanpa wayar kita boleh menukar channel2 pilihan. cumanya di sini, channel pilihan kita mesti lah ke arah ISLAM AD-DEEN!




Paling penting-kita hanya penyeru/daie-Allah lah memegang hati dan memberi Hidayah!

Quote dari buku:

"Tatkala Anda ingin memikat hati mad'u, Anda harus ingat bahwa Anda adalah
seorang da'i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala Anda berdakwah, Anda
harus ingat bahwa Anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka Anda
harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana
cara memberikannya."

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).


Mengenali karakter manusia

dalam menyeru, analoginya, umpama seorang yang ingin memetik buah epal(any buah pun ok ^_^), dia akan memetik buah2 yang tercapai oleh tangannya dulu, iaitu bahagian bawah dulu. dan kemudian barulah menggunakan methode galah atau sebagainya untuk memetik yang lebih tinggi.
untuk itu. sangat2 penting sebagai daie, kita mengenali karakteristik manusia itu sendiri. bagaimana mad'u kita?

dalam buku ini, terdapat Tiga Karakteristik Manusia



Dalam kehidupan ini manusia dapat diklasifikasi dalam tiga kategori, iaitu:




1. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Islamiah

Ia adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid. Orang yang seperti
ini harus dinomborsatukan, kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga
tidak membutuhkan tenaga yang banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak
banyak kesulitan, insha Allah.

2. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Asasiyah


Ia adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak mahu terang-terangan dalam
berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. Orang-orang
semacam ini menempati urutan kedua.

3. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Jahiliah

Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. Dialah orang yang
tidak peduli terhadap orang lain, sedang orang lain mencibirnya kerana perbuatan
dan perangainya yang jelek.

Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya sejelek-jelek tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah
orang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan kejelekannya."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Golongan inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah saw sebagai: "Sejelek-jelek
teman bergaul". (HR. Muslim)

Orang-orang semacam ini menempati urutan terakhir

 


Motivasi daie!



Wasiat Hasan Al-Banna

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari inj
adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah
sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.







"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."


"Aku dapat membanyangkan al mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Pulang dan perginya perkataan, bicaranya, kesungguhannya, dan gurauanya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya..dirimu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat kilauan matanya, medengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya...."




"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."




“Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.

Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.

Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..”

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak
di atas bumi kamu”

As-Syahid al-Imam Hassan Al- Banna Rahimahullahu Taala

 Ayyuhal syabab! Qum Fa anzir lillah!

~muhasabah: aku bukan housemate yang baik kepada housemate2 aku, bukan jugak jiran yang baik, bukan juga kakak yang baik, bukan juga anak yang baik pada mama abah ku..T_T...ya Allah. beri aku kekuatan utk laksana tanggungjawab amar makruf nahi munkar, khalifah, hambamu~

~mode: sedang berusaha, diri ini masih kekurangan dalam meyampaikan melalui lisan dan juga methode lain. cuma kesedaran yang ada. jika anda begini juga, marilah sama2 kita muhasabah. cuba cari uslub dakwah T_T~

wassalam-




Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Sunday, July 24, 2011

inna solati-(ala2 surat)

بسم الله الرحمن الرحيم

INTRO

salam alaik. memenuhi niat ingin mengupdate blog selepas exam(dah lama kut abih exam T_T). juga menunaikan tanggungjawab sebagai seorang daie yang seperti diri ini. tidak hebat berkata-kata. apatah lagi menulis hanya sepatah dua. hanya ini yang mampu untuk dikongsi. semoga bermanfaat.

umpama seorang kekasih merindui kekasihnya. umpama seorang isteri merindui suaminya. umpama si lapar mendapat makanannya. begitu juga sebaliknya. apabila mereka ini berjumpa dengan apa yang dirindui, hati akan berbunga riang. jiwa pula menjadi tenang.

anda dapat agak post kali ini?. hehe. atau pun tak sesuai perumpamaan yang saya tulis tu? T_T
(ikut suka aku la nak tulis macam mana pun. =)

LUAHAN HATI

kekadang hati memberontak. kecewa dengan mehnah dan tribulasi dunia yang mencengkam jiwa. hati meronta-ronta berkata. "siapa kah yang memahami hati ini"-rintihan seorang daie. namun, 

ketahuilah-
"hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang".
 
siapa yang lebih tahu akan hati kita kalau bukan Penciptanya iaitu Allah. seperti mesin yang rosak. tuannya mampu membaiki kembali mesin tersebut. 
untuk mengubat hati dan menenangkan jiwa, salah satu jalannya adalah melalui solat kita.


SOLAT TIANG AGAMA

Allah berfirman: Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan dan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agama, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama. 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)






Saidina Ali r.a
meriwayatkan              bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: " jangan melengah-lengahkan 3 perkara"

1. Solat-apabila telah masuk waktunya
2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap 
3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya



Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: "Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain." .

(Riwayat Tirmizi).



SOLAT WAJIB

solat yang wajib kita kerjakan hanyalah 5 waktu sehari semalam sahaja. tak kan yang tu pun tak boleh nak buat? tepuk dada, tanya IMAN!

Firman Allah: sesungguhnya solat itu adalah sesuatu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya"
(surah an-Nisaa':103)

Namun, untuk meningkatkan dan men"TOPUP" solat kita yang kurang khusyuknya tu. it is better after dan before kita lakukan solat2 sunat. dan ditambah dengan solat2 sunat semasa Qiyam.

setiap ibadat ada panduan nya. islam agama yang syumul telah menggariskan segala hal. 

justeru,kita hendaklah mengetahui dan belajar tentang cara-cara solat yang betul agar amalan kita bukanlah suatu yang sia-sia. antara yang kita kena tahu sebelum bersolat adalah:

niat =)(ingat hadis 1 dari hadis 40)-segala amalan dimulakan dengan niat.
Syarat dan Rukun solat
Syarat mengerjakan solat mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun solat itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka solat itu tidaklah sah:-
  • 1. Orang Islam.
  • 2. Menghadap arah Kiblat
  • 3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
  • 4. Akil baligh
  • 5. Berakal.
  • 6. Melihat atau mendengar.
  • 7. Jaga (tidak tidur)
  • 8. Sudah masuk waktu solat.
 
Syarat Sah solat
Syarat-syarat sah solat ialah:-
  • 1. Sesudah masuk waktu solat
  • 2. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
  • 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
  • 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
 
Rukun solat
Perkara yang mesti dilakukan dalam solat
  • 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  • 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  • 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  • 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
  • 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  • 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
  • 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  • 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  • 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  • 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  • 11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  • 12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  • 13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam solat dari rukun ini dinamakan sunat.
 
Perkara Yang Membatalkan solat
Ertinya tidak Sah solat serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan solat ialah:-
  • 1. Batal Wuduk.
  • 2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
  • 3. Terbuka Aurat.
  • 4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
  • 5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
  • 6. Tertawa Terbahak-bahak.
  • 7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
  • 8. Berubah Niat.
  • 9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
  • 10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).
 
   
SEJARAH 

jika sahabat tidak ingat, sekarang kita berada di bulan sha'ban. ingat kah anda tentang peristiwa israk mikraj? peristiwa di mana Nabi Muhammad s.a.w. di israk kan dari kota mekah ke kota madinah dan dimikrajkan dari masjidil aQsa ke sidratul muntaha di hadapan Allah untuk menerima perintah solat 5 waktu. peristiwa ini berlaku selepas Nabi mengalami kewafatan saidatina khadijah-isteri baginda yang sangat disayangi serta bapa saudaranya Abi Talib. Allah memujuk kekasihnya Muhammad s.a.w dengan berlakunya peristiwa ini. subhanallah.
nak katanya di sini, betapa besarnya nilai solat itu di sisi Allah hinggakan Nabi Muhammad menerima perintah solat ini secara direct daripada Allah berbanding ibadat2 yang lain melalui perantaraan malaikat.


"Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Tuhan-nya adalah pada saat dia bersujud." (Hadis Riwayat Muslim)

SOLAT PENGHAPUS DOSA

Abi MuslimAt-tighlibi r.a. meriwayatkan:
"Sekali aku pergi menemui Abu Umamah (r.a) tatkala beliau berada di dalam masjid. Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda bahawa apabila sesaorang mengambil wudhu' dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya, Allah s.w.t. mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak kearah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinga yang mendengar berita-berita maksiat. Jawabnya, "Demi Allah, daku mendengar perkataan-perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."


MENCEGAH MUNGKAR
 Allah berfirman:
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

jadi. jika hari ini solat kita masih tidak mampu mencegah kita dari melakukan mungkar. cuba-cubalah bawa muhasabah diri kembali. bagaimana solat kita?

MENGHAYATI KISAH SAHABAT

Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. 
Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." 
(Surah Al-Ma'un)

RAMADHAN -MUNGKIN SEBAGAI PERMULAAN UNTUK MENJADI PEMANGKIN

alhamdulillah. even sekarang kita masih diberi nyawa oleh Allah. di doakan moga kita sempat menyambut Ramadhan tahun ini. anda yang lebih arif, ramadhan merupakan BULAN "PESTA IBADAH". setiap amalan kebajikan akan diberi pahala berlipat kali ganda. syaitan2 dirantai serta nafsu dibelenggu. oleh itu, marilah kita menghargai ramadhan yang akan berkunjung tiba nanti dengan MENTAJDIDKAN NIAT kita. MEMPERBAHARUI AMALAN kita. MELATIH ESTEQAMAH kita. dan moga IMAN  dan DARJAT KITA akan bertambah  di sisi Allah. dan yang penting KEREDHAAN ALLAH.

untuk terakhirnya, marilah kita sama-sama menyahut seruan "HAYYA ALASSOLAH" iaitu dengan bersolat di awal waktu. tak rugi pun masa. cuba kita latih diri kita. avoid kan sifat dan sikap malas tu!
"KATAKAN TIDAK KEPADA MALAS!"
penulisan ini tidaklah sempurna dan mungkin kurang teratur. tapi ianya dari hati. moga bermanfaat. selamat beramal bersama~
wallahua'lam



DOWNLOAD SOFTWARE AZAN


p/s:arghhhh. jenuh pikiQ ayat nak buat penulisan yang mengikut skema. hua. entahlah. harap paham lah. menggeletaQ tangan T_T





Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Monday, July 4, 2011

REVIEW EXAM 3- di sini hati terjatuh.


بسم الله الرحمن الرحيم
salam alaik.
aku sihat. harap anda pun sihat. exam ke-3 ni baru nak rasa nak review. entah. tiba2 rasa nak review. sebab time exam ni sedikit hati ini berputus asa. memerlukan kekuatan. mungkin FUTUR bertakhta di hati dek terlalu SEMANGAT(bukan tak bagi semangat. tapi semangat yang kena beringat dan faham).


kemarin selesai paper ke-3(anatomy) dalam jangka masa sebulan menunggu. baru paper 3. huh. lambat. T_T
ada lagi dua paper.

terkadang berfikir. dulu paper SPM punya la banyak. 10 paper kut. tapi  SCORE LA JUGAK kan. ni. paper MEDIC ada 4 ja+ extra 1 subject either ENG(1st year) or
PHSYCO( 2nd year). huh. tapi. hampeh. punya la serabut baca. agaknya tak menghadirkan hati kut. dan neuron tersangkut-sangkut dek memakan barang boikot(dulu la. hehe). entahlah labu. tapi time exam la timelist yang best menghentam segala makanan segera!tak masak la katakan. kurma paling mudah. telan 3 bijik dah FULL OF energY! sunnah yang berharga. jimat pun jimat. sedih dengaQ. tapi inilah student life. harap nanti aku tersenyum imbas balik cerita ni semua. boleh kuruih!=)


teringat jugak la time studi dekat library. ada seorang senior ni bagi nasihat.

“kamu nanti kalau tak ingat pasai soalan tu. kamu jangan tinggai kosong langsung. HENTAM saja!tukaQ soalan tu dengan soalan yang kamu ingat. OK ^_^” sangat serius muka dia.

dan memang aplikasi itulah aku pakai tahun ni. ada la dalam setiap subtopik paper exam tu aku tukaQ soalan. huhu. aduii. tau dek abah. tak tau la..T_T…dan paling penting. TAWAKKAL!

tapi at least dah tulih jugak kan. so, aku kata. setiap topik, aku at least kena pegang betui2 la SATU QUESTION. hehe. tapi time oral. PERTOLONGAN ITU HANYA DARI ALLAH. alhamdulillah sangat2. aku setakat ni. semua DOKTOR sangat baik. siap boleh sembang lagi. hehek. HATI MANUSIA ALLAH YANG PEGANG. dan sama saja dalam fatrah nak tunggu result exam nanti. kena jaga. sebab pergantungan kita dengan Allah bukan semata-mata time nak masuk exam ja. time dah habih pun.

semalam pi bersantai-santai di rumah kawan. huh. hebat!

bila kumpui ramai2. meriah! perempuan pulak kan. paham2 ja la. sora tu memang la hebat!HIGH FREQUENCY+PITCHING. hehe. nasib baba arab. so dia tak paham. dari isu ISTIKHARAH pi ISU BERSIH. dari BERSIH masuk bab KIAMAT. pi tang IMAM MAHDI pi tang DAJJAL.

surah ad-dzariyat ayat 55:
maksud:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat
bagi orang-orang yang beriman."


dan in my personal talk with my CUTIE NINJA CHUBBY COMEI friend. dia ada kata. sangat terkesan di hati ini.
“ hang macam mana exam oral tadi?” dia tanya.(dia cakap kedah dengan aku)kekeke

“aku alhamdulillah la. doctor  baik. tapi macam besa la. ada boleh jawab ada tak boleh. doctor ok pun payah jugak kadang2. kita rasa bersalah” aku la kata ni.

“tu la. mana2 pun sama. aku rasa lagi baguih kita keluaQ oral dalam keadaan kita tak berapa boleh jawab dari kita confident tahap MAXIMUM! sebab apa. aku rasa Allah nak jaga hati2 kita kan. agaQ pergantungan kita pada Dia tak kan pernah putus.cuba bayang kita boleh jawab semua. maybe la. kita ni akan UJUB sementara tanpa kita sedaQ.” dia kata lagi.


fuh…….betui2……alhamdulillah.
good_word__good_tree_by_nayzak-d3bh7xq

kata2 yang baik. dari seorang yang baik bernama sahabat. T_T

3211838491_8bda02417b

___________memuhasabahkan diri. hatiku yang mana?__________________________


dan akhir sekali. berdoalah semoga hati2 kita di pelihara dan di jaga Allah.


surah al-Ghafir ayat 60 bermaksud:
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”


antara doa2 untuk hati.


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” 
(QS. Ali Imran: 7)

 

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
 
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

 
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
 
Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

 
wassalam dan selamat beramal~Nerd smile
 

Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Wednesday, June 22, 2011

GELOMBANG KUNING !BERSIH!


بسم الله الرحمن الرحيم

salam alaik. bila aku dah berumoQ 21 tahun ni. aku mula terdedah dengan isu2.. mula mengambil cakna tentang politik malaysia. dan aku masih belajaQ tentang semua itu. sebab POLITIK sebahagian dari kesyumulan islam. tapi. ini bukan soal politik-nasihat seorang senior"paham islam dulu. kefahaman politik akan sampai jugak, so kita dapat 2 in 1"
yang ni bab lain. bolehlah mantapkan kefahaman islam ya!ayuh sama2
^_^


 ramai orang berkata BERSIH lebih bersifat KEPOLITIKAN. namun. satu saja aku nak kata. 

KITA ADA OTAK. DALAM OTAK ALLAH LETAKKAN AKAL. jadi menilai dengan bijaksana!mahasiswa cakna!
ada seorang sahabat pernah bertanya dan berkata:

"aku penat la dengan politik malaysia ni!KOtoQ!asyik keji mengeji!kata mengata!arghhhh! "


jawapan aku. "kalau kita tak suka semua tu, apa kata kita ni la yang muda ni la kena belajaQ bagi paham . dan kita yang akan ubah sistem politik yang KOTOQ ke BERSIH!"



JOM!BERSIH!
kita p atas dasar kefahaman!
p/s: aku hanya mampu hidupkan gelombang kuning dari jauh. errr..baju kuning pun tak dak
T_T

 
Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


AMBIK SEMANGAT DULU TENGOK VIDEO!

sedap jugak~



  jom!

faham tujuan!

 

 

Himpunan BERSIH: Manifestasi Suara Rakyat Untuk Pilihanraya Yang Adil Dan Bersih 

 



Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyelar pandangan wadah milik UMNO, Mingguan Malaysia apabila menyifatkan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai tindakan 'kotor' anjuran Pakatan Rakyat bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah tegas beliau, perhimpunan Bersih yang dianjurkan menggambarkan tuntutan dan kebangkitan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

"Pandangan Utusan itu adalah pandangan yang terlalu jauh ketinggalan zaman, yang tidak subur dalam konteks demokrasi kerana apa yang Bersih tuntut adalah satu perhimpunan aman yang kita mahu perjelaskan tentang satu fenomena pilihan raya yang adil dan bersih."

Jelasnya himpunan BERSIH juga bertujuan "membersihkan" kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya supaya tidak terpalit dengan persepsi yang boleh menjejaskan kewibawaannya sebagai satu badan di bawah nangan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu TV Selangor bahawa pihak penganjur memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman tanpa sebarang ketegangan yang boleh mencetuskan huru-hara sekiranya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang baik.

Perhimpunan Bersih pada tahun 2007 di Dataran Merdeka disertai oleh 100, 000 orang. Kali ini penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Ada pihak meramalkan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan sewal bulan depan atau selewat-lewatnya Mac tahun depan.

Hasrat penganjur Bersih menimbulkan kegusaran kepada Putrajaya dan beberaka kumpulan pro-Umno membuat laporan polis mendesak perhimpunan itu dibatalkan.

"Ia satu tekanan yang telah berjaya kita berikan kepada pihak kerajaan untuk kita galas satu pilihan raya yang adil dan bersih, jadi ini merupakan satu respon yang menujukkan mereka bimbang terhadap kebangkitan rakyat semakin menuntut hak mereka untuk melihat satu pilihan raya yang benar-benar menepati ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan demokrasi."

Beliau turut kecewa dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan perhimpunan tersebut boleh mengakibatkan huru-hara.

"Satu pandangan yang saya rasa tidak sepatutnya lahir daripada seorang Menteri seperti Hishamuddin, dia tidak boleh menuduh perkara itu tanpa perhitungan yang adil. Ini jelas menunjukkan sikap terdesak beliau bila kita mahu mengadakan satu perhimpunan yang aman tetapi dia telah buat kenyataan yang memberikan kesalahan sebelum perhimpunan itu diadakan." -tvsnews






Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Thursday, January 7, 2010

kenapa aku begini..aku pun xpaham...~

salam alaik....

ini mungkin mendapat kritikan atau apa saja..tapi aku xmampu memendam..perlu semangat dari yang mampu membantu~


exam...

kalau nak di kira sikit ja lagi nak exam...lagi 20 hari dari hari ni..tapi diri sendiri

xfokus...confuse..aku sendiri merancang..tapi ada ja yang menghalang..aduss...
ya Rabb!!
:takot:

muhasabah

kadang2 aku rasa aku ja yang diuji...mmg xpatut kut...masya-Allah...

tue la...setiap yang Allah jadikan berhikmah...walau pun perkara tue kita tengok remeh sangat....

minggu lepas alhamdulillah..mungkin Allah masih sayang kami...aku+ahli beit len terima ziarah dua orang kakak yang comel...:blush:

lepas semayang maghrib..kami pun buat halaqah...(dalam hati aku..aku syukur sangat..ada jugak orang nak bagi pengisian kat kami..)

pada aku...aku rindu sangat halaqah ni..lama dah xbuat...sedey...T_T..sejak aku meninggalkan UM...T_T...
:tsk:
tue lah....dalam satu pengisian tue, yang paling aku terkesan skali...bila kakak tue cakap..cuba kamu semua tengok tulang2 ni...
ada nampak kan kecacatan-kecacatan dia..ada groove la..tubercle la(bajet budakmediks..hehe):devilishgrin:

sebab apa Allah cipta semua ni...???

semua nya ada hikmah...
tue la...

contohnya...kat acromion...adakah ianya dicipta jonggoi macam tue semata-mata nak nampak seni??...semata-mata nak bagi kita boleh buat dia tersangkut????
:ayokona:
dak...ianya bukan semata-mata yang tue ja..dia lebih lagi dari tue...adakah biccipital groove saja2 ja dicipta???...adakah nak bagi air senang lalu jaka kut tue??...

tak!!tak!!!tak!!!

semua ni ada hikmah nya.....dan Allah xpernah menjadikan sesuatu tanpahikmah yang baik.....ingat!!!

jika 1 pintu nikmat kita tertutup..Dia akan bukak banyak lagi pintu2 lain untukkita...kita cumaperlu cari dan sabar....berusaha!!!!

sedih:wala:

dah banyak hari x telefon abah dengan mama...rindu..hati ni perlu tuk dinasihati..ntah la...T_T::(

dalam tazkirah ustaz....hubungan silaturahim ni akan memurahkan rezeki kita...:puppyeyes:
:ha?:
tapi aku rasa semakin jauh aku dengan sedara....macam mna ni????:waaah:

T_T


diriku sekarang dalamkekonfusan yang nyata~~~~


study


pernah dak dalam 1 hari anda masuk kelas anda xdapat apa langsung???

xpernah???

tapi aku pernah.....bukan nak kata dalam sehari...banyak hari kut...xtau la..dosa apayang menghijab....maksiat apa yang menghalang....

lantas...teringat kata2 ulama...

"ilmu itu cahaya ..ia xkan masuk ke dalam hati2 org yang melakukan maksiat(dosa)"

adusss!!!!

aku duk pikiq dan pikiq .......apa lah dosa aku ni...teruk sangat dah ni...memang sejak lepas cuti raya haji...aku seperti terawang-awang...sukar nak studi...kalau sesiapa yang ada idea..bolehlah kongsi..aku pening pikiq...T_T
:takot:
Dalam Melangkah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Monday, November 23, 2009

setelah lama

salam alaik...

setelah lama menghilang,hari ni muncul...
:takot:
kehabisan idea untuk menasihati melalui tulisan..tapi sentiasa rindu untuk dinasihati..:sorry:

kembali dengan semangat baru selepas exam...

physio:19hb11-10.00pagi

anat:21hb11-10.00pagi

biochem:22hb11-10.00pagi

histology:23hb11-10.pagi

alhamdulillah..abih dah exam..tapi yang bakal menyusul banyak lagi..mendapat iktibar agar tidak lalai..sentiasa istiqamah..bukan dalam exam ja..dlam urusan lain gak..
:anongnangyari:
internet pun dah dapat..


ya..mari mula mengupload gambaq untuk mama dgn abah!!..
:ahaha:
selamat malam...11.26pm(mans,egypt):puppyeyes:


Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^