START THE STEP!

START THE STEP!

Sunday, July 24, 2011

inna solati-(ala2 surat)

بسم الله الرحمن الرحيم

INTRO

salam alaik. memenuhi niat ingin mengupdate blog selepas exam(dah lama kut abih exam T_T). juga menunaikan tanggungjawab sebagai seorang daie yang seperti diri ini. tidak hebat berkata-kata. apatah lagi menulis hanya sepatah dua. hanya ini yang mampu untuk dikongsi. semoga bermanfaat.

umpama seorang kekasih merindui kekasihnya. umpama seorang isteri merindui suaminya. umpama si lapar mendapat makanannya. begitu juga sebaliknya. apabila mereka ini berjumpa dengan apa yang dirindui, hati akan berbunga riang. jiwa pula menjadi tenang.

anda dapat agak post kali ini?. hehe. atau pun tak sesuai perumpamaan yang saya tulis tu? T_T
(ikut suka aku la nak tulis macam mana pun. =)

LUAHAN HATI

kekadang hati memberontak. kecewa dengan mehnah dan tribulasi dunia yang mencengkam jiwa. hati meronta-ronta berkata. "siapa kah yang memahami hati ini"-rintihan seorang daie. namun, 

ketahuilah-
"hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang".
 
siapa yang lebih tahu akan hati kita kalau bukan Penciptanya iaitu Allah. seperti mesin yang rosak. tuannya mampu membaiki kembali mesin tersebut. 
untuk mengubat hati dan menenangkan jiwa, salah satu jalannya adalah melalui solat kita.


SOLAT TIANG AGAMA

Allah berfirman: Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan dan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agama, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama. 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)






Saidina Ali r.a
meriwayatkan              bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: " jangan melengah-lengahkan 3 perkara"

1. Solat-apabila telah masuk waktunya
2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap 
3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya



Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: "Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain." .

(Riwayat Tirmizi).



SOLAT WAJIB

solat yang wajib kita kerjakan hanyalah 5 waktu sehari semalam sahaja. tak kan yang tu pun tak boleh nak buat? tepuk dada, tanya IMAN!

Firman Allah: sesungguhnya solat itu adalah sesuatu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya"
(surah an-Nisaa':103)

Namun, untuk meningkatkan dan men"TOPUP" solat kita yang kurang khusyuknya tu. it is better after dan before kita lakukan solat2 sunat. dan ditambah dengan solat2 sunat semasa Qiyam.

setiap ibadat ada panduan nya. islam agama yang syumul telah menggariskan segala hal. 

justeru,kita hendaklah mengetahui dan belajar tentang cara-cara solat yang betul agar amalan kita bukanlah suatu yang sia-sia. antara yang kita kena tahu sebelum bersolat adalah:

niat =)(ingat hadis 1 dari hadis 40)-segala amalan dimulakan dengan niat.
Syarat dan Rukun solat
Syarat mengerjakan solat mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun solat itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka solat itu tidaklah sah:-
  • 1. Orang Islam.
  • 2. Menghadap arah Kiblat
  • 3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
  • 4. Akil baligh
  • 5. Berakal.
  • 6. Melihat atau mendengar.
  • 7. Jaga (tidak tidur)
  • 8. Sudah masuk waktu solat.
 
Syarat Sah solat
Syarat-syarat sah solat ialah:-
  • 1. Sesudah masuk waktu solat
  • 2. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
  • 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
  • 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
 
Rukun solat
Perkara yang mesti dilakukan dalam solat
  • 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  • 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  • 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  • 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
  • 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  • 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
  • 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  • 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  • 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  • 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  • 11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  • 12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  • 13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam solat dari rukun ini dinamakan sunat.
 
Perkara Yang Membatalkan solat
Ertinya tidak Sah solat serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan solat ialah:-
  • 1. Batal Wuduk.
  • 2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
  • 3. Terbuka Aurat.
  • 4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
  • 5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
  • 6. Tertawa Terbahak-bahak.
  • 7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
  • 8. Berubah Niat.
  • 9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
  • 10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).
 
   
SEJARAH 

jika sahabat tidak ingat, sekarang kita berada di bulan sha'ban. ingat kah anda tentang peristiwa israk mikraj? peristiwa di mana Nabi Muhammad s.a.w. di israk kan dari kota mekah ke kota madinah dan dimikrajkan dari masjidil aQsa ke sidratul muntaha di hadapan Allah untuk menerima perintah solat 5 waktu. peristiwa ini berlaku selepas Nabi mengalami kewafatan saidatina khadijah-isteri baginda yang sangat disayangi serta bapa saudaranya Abi Talib. Allah memujuk kekasihnya Muhammad s.a.w dengan berlakunya peristiwa ini. subhanallah.
nak katanya di sini, betapa besarnya nilai solat itu di sisi Allah hinggakan Nabi Muhammad menerima perintah solat ini secara direct daripada Allah berbanding ibadat2 yang lain melalui perantaraan malaikat.


"Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Tuhan-nya adalah pada saat dia bersujud." (Hadis Riwayat Muslim)

SOLAT PENGHAPUS DOSA

Abi MuslimAt-tighlibi r.a. meriwayatkan:
"Sekali aku pergi menemui Abu Umamah (r.a) tatkala beliau berada di dalam masjid. Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda bahawa apabila sesaorang mengambil wudhu' dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya, Allah s.w.t. mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak kearah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinga yang mendengar berita-berita maksiat. Jawabnya, "Demi Allah, daku mendengar perkataan-perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."


MENCEGAH MUNGKAR
 Allah berfirman:
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

jadi. jika hari ini solat kita masih tidak mampu mencegah kita dari melakukan mungkar. cuba-cubalah bawa muhasabah diri kembali. bagaimana solat kita?

MENGHAYATI KISAH SAHABAT

Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. 
Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." 
(Surah Al-Ma'un)

RAMADHAN -MUNGKIN SEBAGAI PERMULAAN UNTUK MENJADI PEMANGKIN

alhamdulillah. even sekarang kita masih diberi nyawa oleh Allah. di doakan moga kita sempat menyambut Ramadhan tahun ini. anda yang lebih arif, ramadhan merupakan BULAN "PESTA IBADAH". setiap amalan kebajikan akan diberi pahala berlipat kali ganda. syaitan2 dirantai serta nafsu dibelenggu. oleh itu, marilah kita menghargai ramadhan yang akan berkunjung tiba nanti dengan MENTAJDIDKAN NIAT kita. MEMPERBAHARUI AMALAN kita. MELATIH ESTEQAMAH kita. dan moga IMAN  dan DARJAT KITA akan bertambah  di sisi Allah. dan yang penting KEREDHAAN ALLAH.

untuk terakhirnya, marilah kita sama-sama menyahut seruan "HAYYA ALASSOLAH" iaitu dengan bersolat di awal waktu. tak rugi pun masa. cuba kita latih diri kita. avoid kan sifat dan sikap malas tu!
"KATAKAN TIDAK KEPADA MALAS!"
penulisan ini tidaklah sempurna dan mungkin kurang teratur. tapi ianya dari hati. moga bermanfaat. selamat beramal bersama~
wallahua'lam



DOWNLOAD SOFTWARE AZAN


p/s:arghhhh. jenuh pikiQ ayat nak buat penulisan yang mengikut skema. hua. entahlah. harap paham lah. menggeletaQ tangan T_T





Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

2 comments:

ieylanor said...

Rahsia di hati hanya Allah yang tahu :)

Yildirim Fateh said...

umpama blogger merindui blognya

yildirim