START THE STEP!

START THE STEP!
Showing posts with label ULAT BUKU. Show all posts
Showing posts with label ULAT BUKU. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

a chapter of my life 9.0

Salam alayk

The-must-read-article
Not just an ordinary-but special for seeker of the truth!

http://saifulislam.com/2014/06/jika-kita-membaca-lillahi-taala/

Friday, August 5, 2011

PENULISAN QOLBU-HATI 1


بسم الله الرحمن الرحيم

salam alaik. ramadhan kareem. kullu sanah wa entum bilkhair. fastabiQul khairat!
alhamdulillah. sedar atau tidak. ramdhan terus berlalu. hari ke-6 sudah. bagaimana dengan tarbiyah kita?



hati...............................BAGAIMANA MENYENTUH HATI? satu kitab hati yang sangat 

terkesan. even saya baru ja baca sampai muka surat 38(hehe. T_T)

bermula dengan kata-kata penghantar, pendahuluan dan setiap helaian muka nya. penuh dengan 

iktibar dan pengajaran. penulisan seorang ikhwan-Abbas as-siisi! dan paling 

penting daie! 
DOWNLOAD dan PRINT=bagaimana menyentuh hati(link)





Pendahuluan

pembentukan fardhu muslim merupakan asas pembinaan kepada khilafah islamiyah. fardhu/individu muslim merupakan batu-bata yang merupakan tunjang kekuatan agama islam. menyedari hakikat ini, penting untuk setiap daie=pendakwah menguasai "ilmu hati" berlandaskan syarak untuk menarik dan membawa aset2 penting ke arah melahirkan individu muslim seterusnya menjana baitul muslim, mujtama' muslim, daulah islamiyah serta khalifah islam! 



Bagaimana?

saya sendiri selalu menyoal diri. bagaimana nak bawa masyarakat sekeliling terutama ahli keluarga, sahabat, rakan dan taulan ke arah kefahaman islam? bukan belagak kita faham, cumanya, kesyumulan islam yang kita rasai ini memberi kita satu erti KEFAHAMAN yang menatijahkan diri kita untuk menceritakan kemanisannya kepada orang lain.

"ibarat kita memakan buah limau yang manis dari sebuah kedai. tanpa di suruh oleh si tukang kedai, secara automatik, kita akan rasa nak mempromote kemanisan limau itu kepada sahabat2 kita"

"umpama juga barang yang ber"BRANDED"-ex: ADIDAS,etc, secara automatik. kita akan rasa nak mempromote.

itulah islam. bukan kita ni perfect sangat, tapi rasa kemanisannya menyebabkan kita faham!perlu untuk kita sebarkan rasa manis itu!

jadi, masalahnya sekarang, bagaimana?



Kasih Sayang.

ya, tepat!

itulah dia.

kasih dan sayang.

Perasaan dan kasih sayang adalah "bahasa" internasional yang digunakan  oleh
daie dalam menghadapi seluruh penduduk bumi, hingga kepada orang bisu
sekalipun.

Allah swt berfirman,

"Maka disebabkan rahmat dan Allah lah  kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu." (Al-Imran: 159)


dalam buku ini, saya dapati satu analogi yang menarik, iaitu, melalui kasih sayang. kita akan dapat "menarik" mad'u-umpama kita ni memegang remote control TV tanpa wayar kita boleh menukar channel2 pilihan. cumanya di sini, channel pilihan kita mesti lah ke arah ISLAM AD-DEEN!




Paling penting-kita hanya penyeru/daie-Allah lah memegang hati dan memberi Hidayah!

Quote dari buku:

"Tatkala Anda ingin memikat hati mad'u, Anda harus ingat bahwa Anda adalah
seorang da'i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala Anda berdakwah, Anda
harus ingat bahwa Anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka Anda
harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana
cara memberikannya."

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).


Mengenali karakter manusia

dalam menyeru, analoginya, umpama seorang yang ingin memetik buah epal(any buah pun ok ^_^), dia akan memetik buah2 yang tercapai oleh tangannya dulu, iaitu bahagian bawah dulu. dan kemudian barulah menggunakan methode galah atau sebagainya untuk memetik yang lebih tinggi.
untuk itu. sangat2 penting sebagai daie, kita mengenali karakteristik manusia itu sendiri. bagaimana mad'u kita?

dalam buku ini, terdapat Tiga Karakteristik Manusia



Dalam kehidupan ini manusia dapat diklasifikasi dalam tiga kategori, iaitu:




1. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Islamiah

Ia adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid. Orang yang seperti
ini harus dinomborsatukan, kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga
tidak membutuhkan tenaga yang banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak
banyak kesulitan, insha Allah.

2. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Asasiyah


Ia adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak mahu terang-terangan dalam
berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. Orang-orang
semacam ini menempati urutan kedua.

3. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Jahiliah

Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. Dialah orang yang
tidak peduli terhadap orang lain, sedang orang lain mencibirnya kerana perbuatan
dan perangainya yang jelek.

Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya sejelek-jelek tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah
orang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan kejelekannya."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Golongan inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah saw sebagai: "Sejelek-jelek
teman bergaul". (HR. Muslim)

Orang-orang semacam ini menempati urutan terakhir

 


Motivasi daie!



Wasiat Hasan Al-Banna

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari inj
adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah
sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.







"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."


"Aku dapat membanyangkan al mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Pulang dan perginya perkataan, bicaranya, kesungguhannya, dan gurauanya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya..dirimu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat kilauan matanya, medengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya...."




"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."




“Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.

Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.

Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..”

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak
di atas bumi kamu”

As-Syahid al-Imam Hassan Al- Banna Rahimahullahu Taala

 Ayyuhal syabab! Qum Fa anzir lillah!

~muhasabah: aku bukan housemate yang baik kepada housemate2 aku, bukan jugak jiran yang baik, bukan juga kakak yang baik, bukan juga anak yang baik pada mama abah ku..T_T...ya Allah. beri aku kekuatan utk laksana tanggungjawab amar makruf nahi munkar, khalifah, hambamu~

~mode: sedang berusaha, diri ini masih kekurangan dalam meyampaikan melalui lisan dan juga methode lain. cuma kesedaran yang ada. jika anda begini juga, marilah sama2 kita muhasabah. cuba cari uslub dakwah T_T~

wassalam-




Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Saturday, December 4, 2010

A BOOK+bleteQ sikit=)

salam menuntut ilmu..=)

since long time i have not post anything...maybe due to timeless...tired of lectures,revision,lazy and WINTER of course...=)

TODAY,JUST TO SHARE WITH ALL OF U OUT THERE..ABOUT THIS BOOK...
I HAD FINISHED IT ONLY IN 1DAY!!EVEN AN HOUR ENOUGH..IT IS REALLY THIN..SOFT COVER..BUT FULL WITH SPECIAL KNOWLEDGE FOR STUDENTS ESPECIALLY...

IT TOLD US ABOUT HOW TO BE EXCELLENT...KNOW THE RULES AND SO ON..IT IS VERY INTERESTING..BUT I DON NOT KNOW HOW TO SHARE IT WITH U..JUST TO SUGGEST U ALL TO BUY IT OR CAN GOOGLE...=)

MAY BE IT IS JUST ANOTHER WAY FOR US TO FIND KNOWLEDGE..ALLAH KNOWS=)

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: “One who treads a path in search of knowledge has his path to Paradise made easy by God…”
- Riyadh us-Saleheen, 245


The Prophet also said: "Acquire knowledge and impart it to the people." - Al-Tirmidhi, Hadith 107

ADAB MENUNTUT ILMU (just a link to share...click it=)

what make me try to busy mysefl doing something..cause i want to avoid opening FB every day after class...(4.30pm-egypt..T___T)until nigth...made me throw away my revision time!!!T__________T....maybe after i delete it..give me time to think whether benefits/not......but only for now..i just limit myself only FB on HOLIDAY..1 DAY ENOUGH!!=)
last time i wished i could leave FB...i even got encouragement from
PENA MAYA...
but what make me confused was because all my family now had their FB!!!hence, only through this unBENEFIT FB...i can keep in touch with them...so..if u want to know what is my steps..u should click on PENA MAYA...through reading this u will know..insha Allah...=)

note:the suggesstion is in the comment..and if u don not understand the malaysian language..please GET MR GOOGLE TRANSLATER to read it ok!!=P


NOTE:this is my plan for previous week...but unDONE!!!T_____________T
so..i had to extend it to this week...hope finished it!!!so much to cover!!!tired!!
hehe...need assisstant to make notes=)







AS USUALLY WHEN I POSTING IN ENGLISH...I WANT TO SAY SORRY TO ENGLISH TEACHERS AND LECTURES ESPECIALLY CAUSE I MAKE BROKEN ENGLISH MAYBE...T_________T...

I TRY TO IMPROVE BACK MY ENGLISH AFTER THROWING IT AWAY...(2ndry school)T___T











Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Saturday, June 6, 2009

MeMoiR isTEri SEORANG PEJUANG...







ada connection apa ye antara dua gambaq ni???
first, for sure la gambaq yg belah kiri 2 KOLEJ12 UM...bukan rumah pangsa no...baik2 sikit..the relation between the picture of the book sure la cadar ana yang warnanya Biru 2...
tp the FOCUS POINT nya ialah buku 2....mungkin para sahabat ada yang pernah terlihat atau termimpi buku 2 kan???..
tapi ana ORANG YG BAGI, sebagai tanda kenangan pernah sama2 berjihad di tempat yang sama...syukran kathira ya ukti WAN SYAKIRAH...buku ni amat lah bermakna dan perlu dibaca oleh sahabat2 sekalian...
TAJUK: Bidadari dari Timur(Memoir Isteri Seorang Pejuang)
PENULIS: Tuan Sabariah Tuan Ishak(Isteri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)
Illi Sarah Annual Bakri
memetik sedikit kata2
'jika disebalik kejayaan lelaki, pasti ada seorang wanita'
ana hanya dapat memberi sedikit gambaran atau lebih dikenali sebagai mempromosi buku ni saja...sebab buku ni HAK CIPTA TERPELIHARA...
cukuplah ana katakan bahasa buku ni terlalu puitis hingga menyentuh hati, mengalir air..
buku ni nipis saja iaitu sebanyak 107 saja m/s dia....so, luangkan masa terutama kepada para wanita yang ingin menjadi isteri seorang pejuang..dan supaya isteri2 pejuang itu akan tabah!!!...mmg impian setiap wanita inginkan suami yang mampu mendidik dan menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab...yang menjalankan matlamat hidupnya, sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAH ALLAH di samping sebagai KETUA KELUARGA...insya-Allah
Buku ini didatangkan dengan beberapa subtopik...19 semuanya...
cukupla rasanya jika ana hanya mengambil beberapa petikan saja dari setiap subtopiknya:
1.Sub: pateri cinta di ancala harapan...
' Dasar hatiku terbina terumbu impian untuk membentuk keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah dengan pimpinan seorang suami yang bakal menjadi nakhoda bahtera keluarga...'
2.Sub: mencicip erti sebuah kebahagiaan..
"Abang."
' Itulah panggilan mesraku kepada seorang suami. aku pula dipanggil "Yah" memandangkan
padanya panggilan itu lebih mesra dan mampu meruapkan rasa kasihnya........'
3.Sub: harapan dalam kesyukuran..
....wajahnya yang tenang mampu mengungkapkan kata2 yang bernas dan berbisa kala menyampaikan pengajaran di sebelah siang atau malam hari. Apatah lagi, tatkala bersama diriku, titip pesan dan bimbingannya buatku seakan menjadi baja buat pohon cintaku untuk terus segar merimbun di hati.
4.Sub: zuriat pengikat kasih...
' Harta benda yg dicari sama sekali tidak akan mampu membeli sebuah jiwa yang suci. Apatah lagi memberikan ketenangan hati dan kerukunan rumah tangga.'
5.Sub: medan perjuangan bernama politik..'
'Tekad mengabdikan dirinya buat perjuangan politik demi menegakkan ISLAM, aku terima dengan REDHA di hati. Aku yakin betapa dakwah yg selama ini dilakukan akan lebih bermakna andai perjuangannya kelak mencapai kemenangan. Dan doaku sentiasa mengiringi perjuangannya demi untuk aku turut mengecapi manisnya ISLAM itu..........'
6.Sub: sebuah amanah di serambi mekah...
' Dan aku tidak pernah alpa merafakkan doa semoga dia kekal bersemangat di luar sana,......'
7.Sub: murni cinta nilainya di kalbu
' Sedang UMMU SULAIM pernah meletakkan ISLAMnya ABU TALHAH sebagai MAHAR KAHWINnya.......'
8.Sub: SaaD duka menyapa....
9.Sub: yakinlah, DIA lebih tahu...
...........dan seterusnya sampai la subtopik 19.....kalau rasa nak baca cuba2 beli ya...
Semenanjung M'sia RM12.90 sja....
Sabah&Sarawak RM15.90 sja....
Baca+hayati la.....
wallahua'lam....
salam alaik....








Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

ODISI Bulan Biru..




Alhamdulillahirabbilalamin...akhirnya selesai gak baca novel ni... gambaq ni dah lama di ambil, lebih kurang 2 bulan time duk PASUM sorang2...meja pun dh kemas..asainya target habihkan buku ni seminggu 2 la...tp tahap bahasa dia tinggi gak la....pa pun ni detail dia:

Tajuk novel: ODISI Bulan Biru

Pegarang: John Norafizan
(www.johnnorafizan.com)
Publisher: Jemari SeniPublishing
lagi satu, gambaq kat atas yg kecik 2 sengaja dikecik kan sebab bukan nk fokus kan org2 di dalamnya tetapi apa yang mau di fokuskan adalah PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR yg berlangsung di PWTC....selalunya orang kalau p JEMARI SENI publishing, sure cari novel Hlovette....ana asai memang nk cari novel dia gak sebab agak islamic...tp tetiba KAler BIRU yang attracTIve 2 telah menarik ana utk memegang dan tanpa di sedari telahpun membeli novel karangan John Norafizan ni...
Untuk pengetahuan semua, John norafizan juga telah menulis novel Garis-Garis Deja Vu, Sempadan Tanpa Seri, Tunjukkan aku satu bintanG, dan Cinderella Cinta.
tapi yang saya pernah baca cuma ni ja la...yang lain bakal kut...insya-Allah kalau ada rezki lebih...
Odisi Bulan Biru, tajuk yang menarik dan membuatkan thyroid gland merembis hormone, membuatkan ana mau tau apa yg ada di sebalik nya..
Alkisah Bermula...
ia menceritakan tentang kisah kekeluargaan yang menginsafkan diri... di samping memaparkan nilai KETUHANAN yg mengagumkan...
~ai...teringat cikGU SAIPUL ANWAR ajaq KOMSAS~
^_^
Watak utama novel ni ialah Akira...Akira ni salah sorang anak dalam keluarga yang menganuti agama ISLAM yg komunitinya amatlah sedikit di Negara MATAHARI TERBIT nu...di mana lagi kalau bukan Jepun...
Akira ni ada seorang adik yg diberi nama UMAZAKI. tetapi Allah nk bagi ujian kepada keluarga ni, Umazaki ditimpa demam panas dan akhirnya menyebabkan syndrome...cacat la senang cita...ana pun xarif pasai ni...cuba tanya doktor tgk no...
Semu ahli keluarga sabar ja kecuali Akira. kalau dulu dia sayang UMAZAKI, tapi pas 2 dia anggap UMAZAKI macam raksasa bodoh...di panggil OROKA...
cita ni terus berkembang bila 1 hari OROKA, AKIRA, dgn mak depa nk p hutan amik ubat kat OROKA la...tapi tiba2 terjadi sesuatu yg menyebabkan UMAZAKI dan AKIRA bergaduh....
Akira akhirnya menolak UMAZAKI tanpa concious control ke dalam aiq sungai....mak Akira suruh dia terjun selamatkan adik dia...tapi Akira seperti terpegun, tidak berganjak dari kedudukan nya... akhirnya mak Akira sendiri cuba terjun untuk selamat kan OROKA...tapi Allah lebih sayang mereka. Kedua-dua nya meninggal...
Akibat ni juga adalah salah satu faktor yg menyebabkan Akira merantau...dia rasa bersalah...dia rasa DOSA nya tidak akan di ampunkan TUHAN...dalam pegembaraannya sebagai watak utama, dia bertemu DR.AYUMI dan adiknya KAFKA yg seakan-akan menyerupai OROKA..pengembaraan AKIRA membawa mereka merantau dan even sampai ke kota Syria, DAmascus....
Dan aakhirnya dia terjumpa seseorang yang bernama Qistina dalam usaha mencari kitab yang kononnya mengandungi nama TUHAN yg ke-100!!!...
Akira juga meneruskan usaha nya mencari Ayahnya untuk menebus kembali kesalahannya yang akhirnya membawa Akira, Qistina dan Kafka ke 'DORA NO KAKOU=KuaLa LumPur'
so, kalau nk tau lebih lanjut tentang cita ni...beli dan baca la no...ana just nk promote ja...
perlukan kesabaran untuk baca buku ni.....
SEDIKIT PETIKAN dari buku ni:
' satu hari kau akan tahu bahawa ada banyak jalan yang dilalui oleh manusia untuk mencari kebahagiaan itu. Untuk mencari cinta yg agung. Bila kau besar nanti, kau akan tahu ini semua. Tapi pilihlah jalan yang telah ditetapkan dalam AL-QURAN dan HADIS'



wallahua'lam...cuba baca ye..salam alaik..






Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^