START THE STEP!

START THE STEP!
Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

SIMPTOM ATAU SINDROME. hehe






 salam alaik. bertanya untuk mendapat jawapan atau ingin menjawab dengan sendiri jawapannya.
(mode:berehat sebentar lepas baca microbe untuk 1st time T_T )

adakah ianya satu simptom musim EXAM? atau pun sindrome musim WINTER? apa2 pun setiap yang Allah susun atur tu adalah yang terbaik. insha Allah kullu kheir..
BARAKALLAHULAKUMA WABARAKA WA JAMAA BAINAKUMA FIL KHAIR kullu2 TIBBIAN in EGYPT yang nak nikoh balik winter break ni.
(bila eden pulop ..kikiki)

petikan puisi daripada seorang sahabat:

Aku inginkan seorang pecinta ilmu agar diriku juga mencintai ilmu,
bukan rupanya yang diidami, tapi hatinya yang cintakan ILAHI,
agar cintaku juga bertambah dari hari ke hari,
dalam mencari yang HAKIKI.

Dalam pelayaranku,
salahkah aku ?
masih ternanti dan mencari seorang PAHLAWAN,
sejati, berdikari, tak mementingkan diri, menjaga peribadi, sentiasa perbaiki diri,
demi ISLAM, jua UMMAH kini!

Siapakah gerangannya yang akan mengisi kekosongan hati ini,
sama-sama bergerak dalam medan yang sama,
tiada alasan lagi, terus mendaki,
hingga ke negeri abadi,
aku rindu padanya yang masih ku tak tahu siapa di hati ini.

tapi, aku tahu, aku perlu MENJADI dari MENCARI.

~tamat~



 oooooooooooooooooooooooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhhh mode studi, sila datang dan bersemangat!
wassalam~










Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Monday, July 4, 2011

REVIEW EXAM 3- di sini hati terjatuh.


بسم الله الرحمن الرحيم
salam alaik.
aku sihat. harap anda pun sihat. exam ke-3 ni baru nak rasa nak review. entah. tiba2 rasa nak review. sebab time exam ni sedikit hati ini berputus asa. memerlukan kekuatan. mungkin FUTUR bertakhta di hati dek terlalu SEMANGAT(bukan tak bagi semangat. tapi semangat yang kena beringat dan faham).


kemarin selesai paper ke-3(anatomy) dalam jangka masa sebulan menunggu. baru paper 3. huh. lambat. T_T
ada lagi dua paper.

terkadang berfikir. dulu paper SPM punya la banyak. 10 paper kut. tapi  SCORE LA JUGAK kan. ni. paper MEDIC ada 4 ja+ extra 1 subject either ENG(1st year) or
PHSYCO( 2nd year). huh. tapi. hampeh. punya la serabut baca. agaknya tak menghadirkan hati kut. dan neuron tersangkut-sangkut dek memakan barang boikot(dulu la. hehe). entahlah labu. tapi time exam la timelist yang best menghentam segala makanan segera!tak masak la katakan. kurma paling mudah. telan 3 bijik dah FULL OF energY! sunnah yang berharga. jimat pun jimat. sedih dengaQ. tapi inilah student life. harap nanti aku tersenyum imbas balik cerita ni semua. boleh kuruih!=)


teringat jugak la time studi dekat library. ada seorang senior ni bagi nasihat.

“kamu nanti kalau tak ingat pasai soalan tu. kamu jangan tinggai kosong langsung. HENTAM saja!tukaQ soalan tu dengan soalan yang kamu ingat. OK ^_^” sangat serius muka dia.

dan memang aplikasi itulah aku pakai tahun ni. ada la dalam setiap subtopik paper exam tu aku tukaQ soalan. huhu. aduii. tau dek abah. tak tau la..T_T…dan paling penting. TAWAKKAL!

tapi at least dah tulih jugak kan. so, aku kata. setiap topik, aku at least kena pegang betui2 la SATU QUESTION. hehe. tapi time oral. PERTOLONGAN ITU HANYA DARI ALLAH. alhamdulillah sangat2. aku setakat ni. semua DOKTOR sangat baik. siap boleh sembang lagi. hehek. HATI MANUSIA ALLAH YANG PEGANG. dan sama saja dalam fatrah nak tunggu result exam nanti. kena jaga. sebab pergantungan kita dengan Allah bukan semata-mata time nak masuk exam ja. time dah habih pun.

semalam pi bersantai-santai di rumah kawan. huh. hebat!

bila kumpui ramai2. meriah! perempuan pulak kan. paham2 ja la. sora tu memang la hebat!HIGH FREQUENCY+PITCHING. hehe. nasib baba arab. so dia tak paham. dari isu ISTIKHARAH pi ISU BERSIH. dari BERSIH masuk bab KIAMAT. pi tang IMAM MAHDI pi tang DAJJAL.

surah ad-dzariyat ayat 55:
maksud:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat
bagi orang-orang yang beriman."


dan in my personal talk with my CUTIE NINJA CHUBBY COMEI friend. dia ada kata. sangat terkesan di hati ini.
“ hang macam mana exam oral tadi?” dia tanya.(dia cakap kedah dengan aku)kekeke

“aku alhamdulillah la. doctor  baik. tapi macam besa la. ada boleh jawab ada tak boleh. doctor ok pun payah jugak kadang2. kita rasa bersalah” aku la kata ni.

“tu la. mana2 pun sama. aku rasa lagi baguih kita keluaQ oral dalam keadaan kita tak berapa boleh jawab dari kita confident tahap MAXIMUM! sebab apa. aku rasa Allah nak jaga hati2 kita kan. agaQ pergantungan kita pada Dia tak kan pernah putus.cuba bayang kita boleh jawab semua. maybe la. kita ni akan UJUB sementara tanpa kita sedaQ.” dia kata lagi.


fuh…….betui2……alhamdulillah.
good_word__good_tree_by_nayzak-d3bh7xq

kata2 yang baik. dari seorang yang baik bernama sahabat. T_T

3211838491_8bda02417b

___________memuhasabahkan diri. hatiku yang mana?__________________________


dan akhir sekali. berdoalah semoga hati2 kita di pelihara dan di jaga Allah.


surah al-Ghafir ayat 60 bermaksud:
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”


antara doa2 untuk hati.


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” 
(QS. Ali Imran: 7)

 

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
 
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

 
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
 
Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

 
wassalam dan selamat beramal~Nerd smile
 

Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Sunday, May 29, 2011

DENGAN LAGU KU HARAP SAMPAI KEPADAMU~ISTIKHARAH MEMANGGILKU




بسم الله الرحمن الرحيم

salam alaik.
bukan nak BERJIWANG. tapi nak share dan memberi inisiatif kepada masalah cinta remaja kini yang makin parah dan nazak. untuk yang SINGLE tu. yang masih mencari. minta lah dari Allah.
dan jadilah yang baik. bukan hanya nak yang baik. insha Allah, Allah Maha Mengetahui segalanya.
moga yang terbaik Dia beri.

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

buatlah istikharah~ada jalannya.
dan nak cakapnya, solat istikharah bukan hanya untuk cinta. exam boleh. minta supaya perkara harian kita buat dalam petunjuk Allah boleh. semua pergantungan kembali pada-Nya.
^_^

istikharah CINTA~by sigma~

ha, apa tunggu lagi, ada calon baik, dah istikharah minta petunjuk allah...ayuh!! ke langkah seterusnya selepas FARDHU MUSLIM....BAIT MUSLIM.

MOGA JUMPA DENGAN JODOH YANG BAIK~jodoh dan takdir~

link 
(kalau boleh wajiblah baca untuk tambah ilmu sebab penulisan saya tak banyak. jadi anda!sila tekan&baca!) 

               1.lelaki baik untuk wanita baik    2.lagi lelaki baik untuk perempuan baik  3.lagi link=)

wassalam dan selamat beramal~





Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Sunday, May 8, 2011

DELUSI UMMI!i luv my mama!


 بسم الله الرحمن الرحيم
salam, di status ym. ada seorang sahabat telah share link, dan saya tekan. sedih dan pilu dengaQ lirik lagu ni. by NICE . rindu mama ! delusi UMMI. 
hayatilah~
T_T




Delusi Ummi

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice
http://liriknasyid.com


Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…












Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Friday, April 22, 2011

LAYAKKAH AKU BERGELAR MUJAHIDAH?

ini untuk diriku yang lemah...T_T

sumber: http://serikandiumar93.blogspot.com/2011/01/layakkah-aku-bergelar-mujahidah.html

Aku sering bertanya kepada diri… layakkah aku sebagai serikandi jua mujahidah pembela agama? Aku rasakan aku hanya bercakap sahaja. Tiada apa yang dapat aku lakukan tambahan pula diri ini jauh dari tarbiyah bumi maahadi. Kini, yang ada hanya sisa-sisa tarbiyah yang perlu aku kuatkan dan mantapkan untuk aku kebalkan diri ini supaya tidak lari dari landasan yang sebenar.

            Aku dambakan peribadi Fatimah Az Zahra. Dulu dan kini aku jatuh cinta pada peribadi anak gadis Rasulullah ini. Aku tertarik dengan ketabahannya menghadapi hidup dalam serba kekurangan namun kaya dengan cinta Ilahi. Aku? Mungkin kaya dengan dunia namun miskin dengan cinta Ilahi… inikah yang digelar serikandi?

            Seorang serikandi, hatinya tulus. Berjuang dalam sendu redha. Redha dengan segala ketetapan Ilahi. Seorang serikandi merelakan hidupnya sibuk dengan urusan jihad. Dia tidak kisah masanya terbuang demi Islam. Dia tidak kisah wang ringgitnya habis demi Islam. Dia tidak kisahnya dirinya terkorban demi Islam.

            Akhawat yang amatku sayang, adakah kita sudah bersedia menjadi seorang mujahidah dan serikandi pembela agama? Andai kau bersedia kenapa engkau masih asyik terbuai dengan badai duniawi? Aku gusar dengan diri ini jua kalian… kita bohong! Kita hipokrit! Kita kata kita cintakan perjuangan ini. Tapi kita masih mementingkan diri sendiri. Tika hendak turun berprogram, kita fikir banyak kali. Tika ingin infak duit untuk jemaah, kita fikir berpuluh kali. Kita takut untuk keluarkan harta kita demi Islam.

            Seorang serikandi dan mujahidah yang cintakan syahid,  kecantikan diri diketepikan. Kita tidak risau diri kita comot di dalam program. Kita tidak gusar kita tidak memakai baju baru. Apa yang aku lihat pada diriku dan juga muslimat seperjuanganku, kita seringkali memikirkan kecantikan diri. Kita jaja wajah kita di laman sosial FB…blog dan sebagainya. Adakah ini mujahidah pembela agama?

            Aku cintakan syahid Ya Allah....Jangan Kau tarik perasaan ini dari diriku. Aku tahu aku tidak sehebat mana. Namun, hanya ini yang mampu aku tonjolkan. Aku akan terus berjihad, melarikan pena di pentas penulisan ini. Aku ingin bergelar mujahidah Islam yang sanggup berkorban apa sahaja demi Islam. Ada sesiapa yang ingin bersamaku untuk menyahut seruan suci ini?

            Usah gentar duhai diri. Bukankah syahid impianmu? Darahmu berkesimbahan di bumi ini hanya untuk Islam tercinta. Jadi apa tunggu lagi serikandiumar… bangkitkan roh jihad di dalam dirimu. Ya Allah, Kau simbahilah roh jihad di dalam diriku. Aku tidak bohong Ya Allah, aku begitu mencintai syahid. Aku lalui detik kesakitan yang Engkau berikan. Aku rasai perit derita kesakitan ini Ya Allah... Tiba-tiba hadir perasaan untuk aku infakkan diri ini demi Islam semata. Mungkin inilah hikmah ujian yang Engkau timpakan buat diriku hingga tertanam di sanubariku, aku akan gegar dunia dengan semangat jihadku.

            Ini langkahku. Aku akan terus melangkah mencapai impianku itu. Aku akan bersama kalian dalam meneruskan perjuangan suci ini. Ayuh kita mara bersama sahabat seperjuanganku. Ayuh kita tawan Malaysia menjadi Daulah Islamiyyah supaya kita bisa melestari khilafah islamiyyah. Ayuh bersamaku kita bangkitkan perjuangan suci Nabi… ayuh kita tebus kematian para sahabat yang gugur syahid di medan jihad. Sanggupkah kita gugur syahid? Katakan dalam diri…“ Ya...Aku sanggup gugur syahid!”

            Selamat berjuang rakan jihadku! Aku doakan kita bakal mewarnai pentas perjuangan ini. Aku doakan kita mati syahid di medan jihad ini. Mari buru syahid bersamaku!

“….Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin[314], orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya..”
~an nisa : 69~

[314]. Ialah: orang-orang yang amat teguh kepercayaannya kepada kebenaran Rasul, dan inilah orang-orang yang dianugerahi nikmat sebagaimana yang tersebut dalam surat Al Faatihah ayat 7
 
 
Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Tuesday, March 15, 2011

10 Tanda Kita WAJIB Berkahwin..

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang..

aku men kopi ja secara direct sebab nak tulis xtau la lagu mana...bacaan yang menarik...harap perkongsian yang menarik jugak..bila anda baca...maybe anda pun kata,"AKU WAJIB KAWENN NIH!!"....ngeh3 =)

source: http://makiohypes.blogspot.com/2010/10/10-tanda-kita-wajib-berkahwin.html






بسم الله الرحمن الرحيم

Adakah kita memiliki salah satu daripada 10 ciri tersebut yang boleh mewajibkan kita untuk berkahwin ?

Jom kita teliti satu persatu...


1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.



"Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai 'buah hati'. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda: 

"Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua." - Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya." - Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.

3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:


"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa." - Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.


"Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka..." - Surah an-Nur: 30-31

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.

"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya." - Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.

ALLAH berfirman:


"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir." - Surah ar-Rum: 21


4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.


"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga 'Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." - Surah at-Taubah: 71-72

5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.

Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:

"Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu." - Hadith riwayat Abu Daud.

Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:

"Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara." - Hadith riwayat Muslim.

Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.


6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.

Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga)." - Surah ali-Imran : 14

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah  'Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.' Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:


"DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya..." - Surah al-A'raf: 189

8. Desakan hawa nafsu

Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam. 

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:


"Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya." - Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.

Maksud 'wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan' bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan. 

9. Beronani.

Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi'e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas." - Surah al-Mukminun: 5-7

"Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal." - Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa'i dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.

ALLAH berfirman:


"...Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja..." - Surah an-Nisa' : 3.

Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.

Perkongsian daripada buku Mencari Pasangan Hidup, karya Ustaz Emran Ahmad, Karya Bestari.

 

Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Thursday, January 20, 2011

Akhwat sejati~



Akhwat sejati bukanlah
dilihat dari wajahnya yang manis dan
menawan, tetapi dari kasih sayangnya
pada karib kerabat dan orang
disekitarnya. Pantang baginya mengumbar
aurat, dan memamerkannya kepada
siapapun, kecuali pada mahramnya. Dia
senantiasa menguatkan iltizam dan
azzam-nya dalam ber-ghadul bashar dan
menjaga kemuliaan diri, keluarga serta
agamanya.


Akhwat sejati bukanlah dilihat dari
suaranya yang lembut dan mempesona,
tetapi dari lembut dan tegasnya tutur
dalam mengatakan kebenaran. Dia yang
senantiasa menjaga lisan dari ghibah dan
namimah. Pantang baginya membuka aib
saudaranya. Dia yang memahami dan
merasakan betul bahwa Allah swt
senantiasa mengawasi segala
tindak-tanduknya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari liuk
gemulainya kala ia berjalan, tetapi dari
sikap bijaknya memahami keadaan dan
persoalan-persoalan. Dia yang senantiasa
bersikap tulus dalam membina
persahabatan dengan siapapun, dimanapun
dirinya berada. Tak ada perbendaharaan
kata “cemburu buta” dalam kamus
kehidupannya. Dia senantiasa merasa
cukup dengan apa yang Allah swt
anugerahkan untuknya, juga atas nafkah
yang diberikan sang suami kepadanya. Tak
pernah menuntut apa-apa yang tidak ada
kemampuan pada sang qowwam di tengah
keluarga. Sabar adalah aura yang
terpancar dari wajahnya. Sifat tawadhu’
adalah pakaian yang senantiasa dia pakai
sepanjang perguliran zaman.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari
bagaimana dia menghormati dan menyayangi
orang-orang ditempat kerja (wajihah
dakwah), tetapi dari tatacaranya
menghormati dan menyayangi siapapun dan
dimanapun tanpa memandang status yang
disandangnya. Dia yang dilihat
menyejukkan mata dan meredupkan api
amarah. Baitii jannatii selalu berusaha
ia ciptakan dalam alur kehidupan rumah
tangga. Totalitas dalam menyokong dakwah
suami dan berdarmabakti mengurus
generasi penerus yang berjiwa Rabbani

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari
banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh
hati padanya, tetapi dilihat dari
kesungguhannya dalam berbakti dan
mencintai Allah dan Rasulullah. Dia yang
selalu menghindari sesuatu yang syubhat
terlebih hal-hal yang diharamkan-Nya.



Akhwat sejati bukanlah dilihat dari
pandainya dia merayu dan banyaknya
airmata yang menitik, tetapi dari
ketabahannya menghadapi liku-liku
kehidupan. Pancaran kasih sayang melesat
tajam dari tiap nada bicara yang keluar
dari bibirnya. Dia yang memiliki
perasaan yang tajam untuk selalu berbuat
ihsan kala ditempat umum maupun kala
sendiri.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari
merdunya suara kala bertilawah Qur’an
dan banyaknya hadits yang ia hafal,
tetapi dari keteguhan dan konsistennya
mengamalkan kandungan keduanya. Dia
selalu berusaha mengajarkan pada yang
belum memahaminya. Al-Qur’an dan
As-Sunnah dijadikannya sebagai suluh
penerang serta pijakan dalam menelusuri
lorong-lorong gelap kehidupan.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari
tingginya gelar yang disandangnya serta
luasnya wawasan ataupun lincahnya ia
bergerak, tetapi tingginya ghirah untuk
menuntut ilmu dan mengamalkan syariat
secara murni dan berkesinambungan. Ilmu
yang bermanfaat adalah tongkat yang ia
pegang.

Menjadi akhwat sejati,
niscaya akan membuat iri dan cemburu
para bidadari,
menjadi dambaan bagi mereka para insan
berjiwa Rabbani,
menjadi dambaan bagi mereka para pemilik
ruh dakwah dan jihadiyah,
serta para hamba Allah yang tidak
tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu…….

Menjadi Akhwat sejati,
Seperti yang dicontohkan oleh khadijah,
Aisyah, Hafsah, Maimunah, Shafiyah,
Fathimah Az Zahra, dan para shahabiyah
radiyallohu’anha ajma’in.







Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

Wednesday, July 1, 2009

WANITA GAGAH!!!



KEGAGAHAN SEORANG WANITA BUKAN KEPADA PEJAL OTOT BADAN,
TETAPI PADA KEKUATAN PERASAAN,
PEREMPUAN YANG GAGAH....................
adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginannya,
KEGAGAHAN PEREMPUAN BERDIRI DI ATAS TEGUHNYA IMAN,
seluruh kegagahan ini ada pada KHADIJAH yang EHSAN,
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...........
^_^










































Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^