START THE STEP!

START THE STEP!

Friday, August 5, 2011

PENULISAN QOLBU-HATI 1


بسم الله الرحمن الرحيم

salam alaik. ramadhan kareem. kullu sanah wa entum bilkhair. fastabiQul khairat!
alhamdulillah. sedar atau tidak. ramdhan terus berlalu. hari ke-6 sudah. bagaimana dengan tarbiyah kita?



hati...............................BAGAIMANA MENYENTUH HATI? satu kitab hati yang sangat 

terkesan. even saya baru ja baca sampai muka surat 38(hehe. T_T)

bermula dengan kata-kata penghantar, pendahuluan dan setiap helaian muka nya. penuh dengan 

iktibar dan pengajaran. penulisan seorang ikhwan-Abbas as-siisi! dan paling 

penting daie! 
DOWNLOAD dan PRINT=bagaimana menyentuh hati(link)





Pendahuluan

pembentukan fardhu muslim merupakan asas pembinaan kepada khilafah islamiyah. fardhu/individu muslim merupakan batu-bata yang merupakan tunjang kekuatan agama islam. menyedari hakikat ini, penting untuk setiap daie=pendakwah menguasai "ilmu hati" berlandaskan syarak untuk menarik dan membawa aset2 penting ke arah melahirkan individu muslim seterusnya menjana baitul muslim, mujtama' muslim, daulah islamiyah serta khalifah islam! 



Bagaimana?

saya sendiri selalu menyoal diri. bagaimana nak bawa masyarakat sekeliling terutama ahli keluarga, sahabat, rakan dan taulan ke arah kefahaman islam? bukan belagak kita faham, cumanya, kesyumulan islam yang kita rasai ini memberi kita satu erti KEFAHAMAN yang menatijahkan diri kita untuk menceritakan kemanisannya kepada orang lain.

"ibarat kita memakan buah limau yang manis dari sebuah kedai. tanpa di suruh oleh si tukang kedai, secara automatik, kita akan rasa nak mempromote kemanisan limau itu kepada sahabat2 kita"

"umpama juga barang yang ber"BRANDED"-ex: ADIDAS,etc, secara automatik. kita akan rasa nak mempromote.

itulah islam. bukan kita ni perfect sangat, tapi rasa kemanisannya menyebabkan kita faham!perlu untuk kita sebarkan rasa manis itu!

jadi, masalahnya sekarang, bagaimana?



Kasih Sayang.

ya, tepat!

itulah dia.

kasih dan sayang.

Perasaan dan kasih sayang adalah "bahasa" internasional yang digunakan  oleh
daie dalam menghadapi seluruh penduduk bumi, hingga kepada orang bisu
sekalipun.

Allah swt berfirman,

"Maka disebabkan rahmat dan Allah lah  kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu." (Al-Imran: 159)


dalam buku ini, saya dapati satu analogi yang menarik, iaitu, melalui kasih sayang. kita akan dapat "menarik" mad'u-umpama kita ni memegang remote control TV tanpa wayar kita boleh menukar channel2 pilihan. cumanya di sini, channel pilihan kita mesti lah ke arah ISLAM AD-DEEN!




Paling penting-kita hanya penyeru/daie-Allah lah memegang hati dan memberi Hidayah!

Quote dari buku:

"Tatkala Anda ingin memikat hati mad'u, Anda harus ingat bahwa Anda adalah
seorang da'i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala Anda berdakwah, Anda
harus ingat bahwa Anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka Anda
harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana
cara memberikannya."

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).


Mengenali karakter manusia

dalam menyeru, analoginya, umpama seorang yang ingin memetik buah epal(any buah pun ok ^_^), dia akan memetik buah2 yang tercapai oleh tangannya dulu, iaitu bahagian bawah dulu. dan kemudian barulah menggunakan methode galah atau sebagainya untuk memetik yang lebih tinggi.
untuk itu. sangat2 penting sebagai daie, kita mengenali karakteristik manusia itu sendiri. bagaimana mad'u kita?

dalam buku ini, terdapat Tiga Karakteristik Manusia



Dalam kehidupan ini manusia dapat diklasifikasi dalam tiga kategori, iaitu:




1. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Islamiah

Ia adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid. Orang yang seperti
ini harus dinomborsatukan, kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga
tidak membutuhkan tenaga yang banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak
banyak kesulitan, insha Allah.

2. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Asasiyah


Ia adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak mahu terang-terangan dalam
berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. Orang-orang
semacam ini menempati urutan kedua.

3. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Jahiliah

Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. Dialah orang yang
tidak peduli terhadap orang lain, sedang orang lain mencibirnya kerana perbuatan
dan perangainya yang jelek.

Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya sejelek-jelek tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah
orang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan kejelekannya."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Golongan inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah saw sebagai: "Sejelek-jelek
teman bergaul". (HR. Muslim)

Orang-orang semacam ini menempati urutan terakhir

 


Motivasi daie!



Wasiat Hasan Al-Banna

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari inj
adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah
sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.







"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."


"Aku dapat membanyangkan al mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Pulang dan perginya perkataan, bicaranya, kesungguhannya, dan gurauanya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya..dirimu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat kilauan matanya, medengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya...."




"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."




“Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.

Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.

Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..”

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak
di atas bumi kamu”

As-Syahid al-Imam Hassan Al- Banna Rahimahullahu Taala

 Ayyuhal syabab! Qum Fa anzir lillah!

~muhasabah: aku bukan housemate yang baik kepada housemate2 aku, bukan jugak jiran yang baik, bukan juga kakak yang baik, bukan juga anak yang baik pada mama abah ku..T_T...ya Allah. beri aku kekuatan utk laksana tanggungjawab amar makruf nahi munkar, khalifah, hambamu~

~mode: sedang berusaha, diri ini masih kekurangan dalam meyampaikan melalui lisan dan juga methode lain. cuma kesedaran yang ada. jika anda begini juga, marilah sama2 kita muhasabah. cuba cari uslub dakwah T_T~

wassalam-




Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

1 comment:

shairazi sharizan said...

susah nak cari buku abbas asisi nie..dr dl mencari