START THE STEP!

START THE STEP!

Wednesday, December 8, 2010

1432H-tak dak perkongsian sangat..T__T

SALAM ALAIK..SALAM CERIA ..SALAM SEJAHTERA..KEPADA SESIAPA YANG MELALUI BLOG INI...DI JEMPUT DULU YA MEMBACA POST2 DI SINI EVEN XDAK LA SEBAGUS POST2 DI BLOG FEVERET ANDA...MOGA ADA MANFAAT NYA..INSHA ALLAH=)

pada aku..masa semakin berkurang...hari ini TARGET aku mengupdate blog tercapai jugak....aku tengok list2 feveret blog kat sebelah ni..semua pakat update blog posting pasai hijrah....YA...HIJRAH!!!aku harap aku tak terlambat untuk share sikit pasai hijrah ni...T___T

alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah...syukur sangat kepada Allah...masih lagi aku bernyawa..bermata...bergigi dan yang penting berUSIA...hehe..ya..itu lah dia..aku sudah tua..UMOQ ku la ni sudah hampir 21 tahun ku kira....aku cuba muhasabah balik...apa yang aku dah buat tahun lalu...tahun 1431H...aduiii...T__T..banyak nya dosa...

sumbangan apa aku dah buat untuk islam???..aduii...T__T..kureng...dan kalau ada pun..adakah ia nya betui2 dah di terima Allah...adakah ia nya ikhlas kerana Allah....

DAN KINI,TAHUN NI...1432H...pada hari ini...3MUHARAM....aku akan membuat azam baru...even terlambat sikit...tapi masih sempat...=)
AKU NAK BERHIJRAH!!!!!!!!!!!

dan jika nak berubah..kita perlu lah ada niat...dan setiap amalan jugak..perlu kepada niat..

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah.


insha Allah...kita cuba fikir2 balik apa yang kita dah buat tahun lalu dan cuba untuk ubah ke arah yang lebih baik pada tahun ni....

INI ADALAH SAMPLE2 CONTOH yang boleh di rujuk=)



kalau dulu....aku nakai...tahun ni aku nak kurang kan sikit la nakai nya=P

kalau dulu.. aku semayang lewat jugak kadang2..tahun ni aku nak semayang awai!!!

kalau dulu...aku kedekut.....tahun ni kalau boleh aku nak jadi DERMAWAN..

kalau dulu...aku cukup2 ja semyang sunat...tahun ni aku nak TAMBAH SUNAT2 semuanya..

kalau dulu...aku jarang kontek family....tahun ni aku KONTEK depa selalu...=)

kalau dulu...aku jahil...tahun ni aku nak GRAB semua ilmu..!!!(serius)

kalau dulu....aku penakut....tahun ni aku nak BERANI....

kalau dulu..aku makan banyak..tahun ni aku nak bagi orang miskin makan...=)

kalau dulu aku pemarah...tahun ni...aku nak SABAQ banyak...

ya...berani menyampaikan AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR....tapi aku tak tau bagaimana nak mula...hanya di blog ni la dapat aku sampai kan secara serba serbi ja...aku masih tak mampu...tapi UMOQ ku dah berusia...YA ALLAH...tolong..T_________T




dan semoga mindaku juga mindamu positif selalu...SALAM MUHASABAH...SALAM MAAL HIJRAH TAHUN 1432H...


HAYATI KISAH RASULULLAH S.A.W


SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


KISAH HIJRAH

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.


PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri

fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.



2. Memuliakan fakir miskin

fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti



3. Menahan marah

fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha



4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya



5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.



6. Bersedekah

fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.



7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.



8. Mandi Sunat

fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu

lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.



9. Bercelak

fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu



10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti



11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.



12. Membaca

"has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"



fadhilat - Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk



13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.



14. Puasa

Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



diCOPY+PASTE dari sumber(klik sini kalau nak tau)






















Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

3 comments:

Kayun said...

kami pun nak berhijrah mcm k.yana...:)

semoga azam tercapai :)

Anonymous said...

salam
,azam tahun ini same mcm azam thn lepas ghee

KLIK SINI: TONGKAT

adenmadi said...

amin....moga2 tercapailaa yer hasrat di jiwa...:)