START THE STEP!

START THE STEP!

Thursday, August 19, 2010

DEPA BUAT ZINA..ANAK JADI MANGSA..T_T

salam alaik..

setelah seminggu saya asyik bukak BH+KOSMO...berita yang sama menjadi HIGHLIGHTER nya...adusss!!!sedey2...

isu apa lagi kalau bukan isu BUANG BABY...

hari ni...(sumber kosmo)


Ditahan selepas buang bayi


SEORANG anggota polis memeriksa mayat bayi lelaki (dalam bulatan) yang ditemui di pusat pengumpulan sampah Hospital Melaka semalam. Gambar kecil pula ialah bayi lelaki yang ditemui di Seberang Takir, Kuala Terengganu.


MELAKA - Tembelang sepasang kekasih yang membuang bayi lelaki berusia lima bulan ke dalam tong sampah Hospital Melaka di sini terbongkar apabila kedua-dua mereka ditahan ketika ibu bayi itu mendapatkan rawatan di hospital tersebut kelmarin.

Kejadian pukul 4 petang itu terbongkar apabila kakitangan hospital berasa curiga melihat keadaan wanita tersebut seperti baru bersalin walaupun pada mulanya dia menafikannya.

Selepas didesak, wanita tersebut akhirnya mengaku yang dia baru sahaja melahirkan anak di dalam tandas hospital sebelum membuangnya di dalam tong sampah.

Bagaimanapun, pencuci bangunan kemudian secara tidak sengaja telah memindahkan sampah yang mengandungi bayi tersebut ke dalam tong sampah besar.

Sehubungan itu, polis terpaksa mengambil masa selama dua hari untuk mencari mayat bayi tersebut dengan menyelongkar lebih 20 buah tong sampah sebelum ia ditemui pukul 1.50 petang semalam di pusat pengumpulan sampah hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, siasatan mendapati pasangan tersebut berusia dalam lingkungan 20-an dan merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Sebaik menerima maklumat, kita telah melancarkan operasi mencari mayat bayi tersebut. Polis bernasib baik kerana menemuinya semula," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka semalam.



ANTARA PUNCA....



dari sumber yang sama jugak...




60 peratus berzina kerana pengaruh video lucah


BAHAN lucah yang mudah diperoleh di Internet juga menjadi faktor pendorong berlakunya kes perzinaan.


KUALA LUMPUR – Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



SOLUSI...


BACA LINK




MAU tak nya...memang tak dapat dinafikan lagi..memang senang betui nak dapat benda2 BLUE ni..tekan ja YOUTUBE...tau pun apa saja...BANYAK ja VIDEO2 pelik ni muncul..

inilah KEBURUKAN dan KETERUKAN internet ni ha..malah..jika kita tak tekan apa pun..ada ja POP-UPs maksiat yang akan muncul..aduiii...penat2...


kalau gini macam mana kita nak buat???apa peranan kita??

saya tulih ni untuk kita berkongsi bersama pendapat....kerana saya sendiri buntu...

APA PUN..SAYA SECARA PERIBADI SOKONG APA YANG DI KELUARKAN OLEH MUFTI BARU2 NI MENGENAI GALAKKAN IBU BAPA BAGI ANAK KAWIN AWAI...sekurang-kurangnya masalah zina boleh dikurangkan walau masalah penceraian akan bertambah...


sebenarnya...jika negara kita ni mengamalkan HUKUM ISLAM yang sebenar...tak kan ada masalah2 ini...JADI...KEMBALI PADA ALLAH...^_^


(pesanan tuk diri jugak)

saya masih menanti posting yang akan dikeluarkan oleh sedara AMIN ROX yg katanya akan melakukan siasatan terperinci tentang masalah ini..mari sama2 nantikan..
















Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

6 comments:

Dai said...

salam. sgt sedih dengan gejala yang berlaku. itulaa, even kat negara2 yg byk maksiat zina ka apa jarang pulak kita dengar org buang2 ni. astaghfirullah. smoga bayi2 ni nanti dipelihara Allah.

p/s - bagi ku xsepatutnya bayi2 ni dipanggil anak luar nikah. kenapa nak tuding menda yang memalukan pada dia? sedangkan mak bapak dia yang punya dajai. sepatutnya panggil mak luar nikah atau ayah luar nikah.

Dhimas Fauzi said...

astaghfirullah..

Unknown said...

>dayah rahim...

adoii...2la..aku xtau la..bila agaknya masyarakat nak amal kn cara hidup yg sebenar...hukum islam xjalan,.nama ja negara islam...

tuk dri sndri pn..aku pn ntah tau semua ka sai islam..astaghfirullah...

sama2 amik iktibar...T_T

p/s:dayah...awat aku nak link blog ang kat blog aku xle..ang anti aku ka??..^_^

Unknown said...

>dhimas fauzi..

astaghfirullah...T_T

adenmadi said...

hhmm....tuela dunia zaman skang..nk crik berita yg klu x membahagiakan ...neutral pun x jgk..
yg byk n almost sumanya cenderung kpd "evil" side.
xkrela isu famili ke...environment ke..remaja ke...skul ke..
huhhu...

Unknown said...

>aden..

ni madihah engah senget ka??..amboiiii,,,

nak bg kesedaran..gitu la..nk bg masyarakat sedar..masalah umat ni..