START THE STEP!

START THE STEP!

Tuesday, December 28, 2010

TIDUR...TAHAJJUD..SIHAT?

salam...setiap hari anda tidur...tapi..apa yang anda faham tentangnya..sila baca(jgn malas na=)

Brain Basics: Understanding Sleep(link)

seterusnya...

"Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam.


Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam. Tapi bukan untuk solat, hanya untuk yang lain, tengok bola, tonton filem, berborak, lepak-lepak dan sebagainya. Sebenarnya untuk qiyamullail tidak semestinya bangun jam tiga atau empat pagi. Sekadar dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai atau ketika tonton bola, berhenti sekejap ketika rehat perlawanan lalu berwuduk dan solatlah dua rakaat - termasuk qiyamullail.

Jika hendak lakukan qiyamullail antara caranya ialah:

a. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.

b. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.

c. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun qiyamullail memang tidak jadi.

d. Tidur sekejap waktu tengah hari. - Hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang dicipta Allah. Kejadian langit yang tiada bertiang dan tiada penyangkut bagaimana Allah tegakkannya. Allah sembunyikan malam serta datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita. Allah besarkan kita, remajakan dan tuakan kita, kemudian daripada adanya kita kepada tiada. Pokok Allah tumbuh nampak sama tetapi tidak serupa. Buah rambutan nampak serupa tapi tidak sama. Semua ini akan mendekatkan kita dengan Pencipta. Rasa lemah dan kerdilnya diri dan rasa agungnya Allah. Lalu kita cinta Allah. Jika kita mula cinta Allah maka Allah akan membalas cinta kita.

http://pedoman.blogdrive.com/archive/o-70.html

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut.
Demikian menurut pendapat seorang doktor
dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.


Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu
malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah."
( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

SELAMAT BERAMAL=)

http://asysyahadah.multiply.com/journal/item/39/SoLaT_tAhAjjUd_DaRi_PeRsPeKtiF_PeRuBaTaN





Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

2 comments:

armouris said...

info tentang kurang tidur di SIHAT SELALU - Kanser Angkara Kurang Tidur

albanaT said...

jzzk amoure=)