START THE STEP!

START THE STEP!

Thursday, January 6, 2011

MATLAMAT DAN TUGAS KITA

SALAM UKHWAH....PENGIKAT KASIH ANTARA KAMU DAN AKU..SESUNGGUHNYA...AKU SAYANG KAMU KERANA ALLAH...=)...lihatlah gambar di atas...bukan semata ku pilih tuk upload gambaQ tu semata-mata untuk menjadi tatapan...dan juga pemandangannya yang agak romantik gitu=P
tapi...ingin aku jadikan ia simbolik....kenal pasti balik...MANA ARAH KITA???..APA TUJUAN HIDUP KITA???


jika kita lihat...even rasa tak sanggup melihat....gejala2 pelik semakin hari semakin bertambah....DAN SERING KALI ISLAM DI ANGGAP PELIK kini...T__T

dan jika kita lihat...kenapa dan mengapa anak2 muda kita banyak tak ketahuan hala...lepak...judi..minum arak...zina...banyak lagi hingga tak tertulis di sini...

semua tu punca nya apa????....

dan ingin saya bawak kan di sini..mungkin nak share sikit...

sebenarnya...JIKA MANUSIA ITU TAHU APA TUJUAN HIDUPNYA DI MUKA BUMI INI....akan amanlah bumi...kerana apa saya kata begitu...kerana ianya memang pasti!!!

analoginya...jika kita kata

"ish...aku ingat hari ni aku nak masak spagetti ala2 timur(+__+)hehe...."

dan kita akan secara kuat semangat nya akan ke pasaQ mencari bahan2 yang sepatutnya...hinggalah kita berjaya menghasilkan SPAGETTI ITU LAH!!!=)
(rasanya anda yang baca cukup untuk matang dari aku untuk fikirkan analogi lain=:)


JADI...aku nak tekan kan di sini...KENAL PASTI MATLAMAT HIDUP KITA...pilih jalan yang betui....dan jika kita tau aim kita...nak bawak yang baik semua...semua manusia menyeru ke arah kebaikan...semua kan baik..semua akan FAHAM=)

1.KITA NI MANUSIA TAK LAIN TAK BUKAN...DIJADIKAN SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI....


dalam surah al-Baqarah....ayat 30


وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠

And when thy Lord said unto the angels: Lo! I am about to place a viceroy in the earth, they said: Wilt thou place therein one who will do harm therein and will shed blood, while we, we hymn Thy praise and sanctify Thee? He said: Surely I know that which ye know not. (30)


dalam ayat ni...Allah dah kata...manusia dijadikan sebagai khalifah Allah di muka bumi...

memetik keratan akhbar NEW SABAH TIMES..


Tugas khalifah bukan mudah: Nasir

7th June, 2010

KOTA MARUDU: Tuntutan sebagai Khalifahtullah bukanlah suatu tugas yang mudah malah ianya memerlukan kefahaman yang jelas melaksanakan suatu amanah dan tanggungjawab yang sangat berat tapi mulia di sisi Allah swt, kata Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran.

Katanya, seringan-ringan tanggungjawab sebagai khalifah ialah dengan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ayah, atau ibu, mahupun sebagai seorang anak.

Beliau menambah, manakala, antara cabaran besar yang perlu dihadapi dan perlu ditangani ialah bagaimana hendak menanamkan rasa kehambaan dan kesungguhan dalam menjiwai dan melaksanakan segala kewajipan kepada masyarakat yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Nasir berkata, senario ini digawatkan lagi dengan penularan fahaman liberalisme dan pluralisme Barat yang memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan.

“Fahaman yang tidak selari dengan prinsip-prinsip ajaran al-Quran dan Sunnah ini amat berbahaya kerana ia berpotensi memecahbelahkan masyarakat di samping boleh memesongkan akidah umat Islam.

“Malah fahaman liberalisme dan pluralisme ini jika tidak dibendung segera akan membantutkan usaha melakar kejayaan sewaktu hidup di dunia dengan iringan doa diberi ganjaran pahala di akhirat kelak,” katanya.

Nasir menjelaskan pada lewat zaman ini, manusia sering leka dan bersikap acuh tak acuh terhadap perintah agama. Itulah sebabnya berlaku pelbagai permasalahan dalam masyarakat seperti gejala pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, hedonisme dan sebagainya yang telah mencemarkan nilai-nilai hidup beragama.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Negeri Sabah berkata demikian sempena merasmikan Konvensyen Pembangunan Saudara Kita Peringkat Negeri Sabah 1431/2010 anjuran Jheains.

Hadir sama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Datuk Haji Amri Suratman; Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu, Haji Ajak Haji Awang; Ketua Daerah Kota Marudu, Abd Jalil Haji Janani; Setiausaha Rendah1 JKM, Haji Said Hinayat; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jheains, Zaloha.

“Menyedari akan fenomena dan ancaman berkenaan, kita tidak boleh sama sekali membiarkan segala bentuk fahaman dan perbuatan songsang berkembang dalam masyarakat.

“Setiap individu muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi menjernihkan akidah Islam dan membasmi gejala-gejala mungkar khususnya dalam kalangan umat Islam dan masyarakat seluruhya. Bagi memperkasa dakwah Islamiyah, kita perlu menggilap potensi ‘quwwah’ yang merupakan kekuatan lahiriah dan ‘takwa’ yang merupakan kekuatan rohani,” kata Nasir.

Nasir menambah,Quwwah atau kekuatan lahiriah meliputi aspek-aspek kesihatan spiritual, fizikal, dan mental Ianya dimantapkan lagi dengan penguasaan ilmu pengetahuan, ekonomi, sains, teknologi, politik, ketenteraan dan sebagainya. Manakala takwa pula adalah berkaitan dengan keyakinan, kepatuhan dan ketaatan sepenuh hati kepada Allah SWTn selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Ujarnya, bagaimanapun, perlu diingat dan disedari bahawa jika umat Islam hanya menekankan quwwah tanpa berlandaskan kepada takwa, maka dikhuatiri hasil yang diharapkan tidak mungkin tercapai, bahkan mungkin menimbulkan cabaran serta masalah lain pula. Demikian jugalah sebaliknya, tanpa takwa sebagai tunjang, quwwah sebagai natijahnya tidak akan tercapai.

Nasir menambah, pemilikan kekuatan atau sifat takwa adalah paling utama dan seharusnya menjadi keutamaan umat. Dengan takwa itulah umat Islam akan mendapat quwwah yang berupa petunjuk atau idea jalan keluar dalam menangani pelbagai cabaran hidup di samping rezeki yang tidak disangka-sangka.

Sehubungan katanya, dengan dinamika sifat takwa itu, maka kita mengambil kesempatan ini untuk mengajak saudara-saudara sekalian supaya mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar supaya berhasil menyuburkan sifat takwa dalam diri masing-masing.

Menurutnya, inilah jalan yang terbaik dalam menuju kesejahteraan hidup yang abadi kerana takwa adalah sumber bagi segala kekuatan, kekayaan dan kebahagiaan duniawi dan ukhraw, dan sesungguhnya inilah kaedah holistik yang akan menjayakan pembangunan yang bermakna dan diredhai Allah SWT.


lagi LINK TUGAS KHALIFAH=)


2.TUGAS KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH...tidak lain hanya beribadat kepada Allah...=)

dalam surah Ad-Dzariyat ayat 56

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦

I created the jinn and humankind only that they might worship Me. (56)

dan saya yakin...jika kita semua sedar akan tugas..matlamat...dan amanah kita yang sebenarnya di muka dunia ni...KITA SEMUA AKAN KEMBALI KE JALAN SEBENAR..insha Allah..berdoa dan mencari...JANGAN PERNAH PENAT..











Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

1 comment:

lavenderlover said...

thanks atas peringatan yana..
tetapkan matlamatmu jua..
=)
insyaAllah