START THE STEP!

START THE STEP!

Saturday, June 25, 2011

لاَ تَغْضَبْ



بسم الله الرحمن الرحيم


salam alaik. mula-mula sekali. marilah kita senyum. penulisan ini khas untuk diri ini yang pemarah orangnya. moga dijadikan Allah sabar dalam hati ini.ameen.cuma mengambil link2  dari blog lain. dan juga iktibar dari hadis 16 dari hadis 40.

“Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud).

HADIS 16 (Jauhi Sifat Marah)




عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ:
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري))

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Kefahaman Hadis:

1) Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.
2) Marah/murka Allah - thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi, (al-Fath : 6) (Thoha :
81) - yakin sifat marahNya tak sama dengan makhluk.
3) Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki
hamun, mencela, memukul dll.
4) Sifat marah yang dipuji : Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah.
- contoh : rujuk hadis- hadis mengenainya, kisah Musa bersama kaumnya,Yunus bersama
kaumnya.
5) Cara untuk menghilangkan sifat marah :
Doa - agar dibimbing oleh Allah.
Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.

Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah
membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain. Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk. Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah. Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah, namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.




Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


EXTRA LINK. untuk diri dan anda. 1.HINDARI SIFAT MARAH
                                                        2.SIFAT MARAH DAN CARA UBATINYA
                                                        3.KAWAL SIFAT MARAH
                                                        4.SYAITAN CETUS SIFAT MARAH
                                                        5.SIFAT MARAH CERMIN JIWA TAK TENTERAM

senyum itu sedekah!

wallahua'lam. selamat beramal~











Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

3 comments:

Mohamadazhan.com said...

senyum sedekah...mudah2an senyum dapat kurangkan tekanan dan stress =)

shahjiehan said...

hehehe... sama la kita pemarah...



tp org yg paling kuat adalah orang yg mampu menahan kemarahannya

ORLANDO AHMAD said...

senyum sokmo