START THE STEP!

START THE STEP!

Wednesday, June 22, 2011

GELOMBANG KUNING !BERSIH!


بسم الله الرحمن الرحيم

salam alaik. bila aku dah berumoQ 21 tahun ni. aku mula terdedah dengan isu2.. mula mengambil cakna tentang politik malaysia. dan aku masih belajaQ tentang semua itu. sebab POLITIK sebahagian dari kesyumulan islam. tapi. ini bukan soal politik-nasihat seorang senior"paham islam dulu. kefahaman politik akan sampai jugak, so kita dapat 2 in 1"
yang ni bab lain. bolehlah mantapkan kefahaman islam ya!ayuh sama2
^_^


 ramai orang berkata BERSIH lebih bersifat KEPOLITIKAN. namun. satu saja aku nak kata. 

KITA ADA OTAK. DALAM OTAK ALLAH LETAKKAN AKAL. jadi menilai dengan bijaksana!mahasiswa cakna!
ada seorang sahabat pernah bertanya dan berkata:

"aku penat la dengan politik malaysia ni!KOtoQ!asyik keji mengeji!kata mengata!arghhhh! "


jawapan aku. "kalau kita tak suka semua tu, apa kata kita ni la yang muda ni la kena belajaQ bagi paham . dan kita yang akan ubah sistem politik yang KOTOQ ke BERSIH!"



JOM!BERSIH!
kita p atas dasar kefahaman!
p/s: aku hanya mampu hidupkan gelombang kuning dari jauh. errr..baju kuning pun tak dak
T_T

 
Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


AMBIK SEMANGAT DULU TENGOK VIDEO!

sedap jugak~



  jom!

faham tujuan!

 

 

Himpunan BERSIH: Manifestasi Suara Rakyat Untuk Pilihanraya Yang Adil Dan Bersih 

 



Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyelar pandangan wadah milik UMNO, Mingguan Malaysia apabila menyifatkan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai tindakan 'kotor' anjuran Pakatan Rakyat bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah tegas beliau, perhimpunan Bersih yang dianjurkan menggambarkan tuntutan dan kebangkitan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

"Pandangan Utusan itu adalah pandangan yang terlalu jauh ketinggalan zaman, yang tidak subur dalam konteks demokrasi kerana apa yang Bersih tuntut adalah satu perhimpunan aman yang kita mahu perjelaskan tentang satu fenomena pilihan raya yang adil dan bersih."

Jelasnya himpunan BERSIH juga bertujuan "membersihkan" kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya supaya tidak terpalit dengan persepsi yang boleh menjejaskan kewibawaannya sebagai satu badan di bawah nangan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu TV Selangor bahawa pihak penganjur memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman tanpa sebarang ketegangan yang boleh mencetuskan huru-hara sekiranya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang baik.

Perhimpunan Bersih pada tahun 2007 di Dataran Merdeka disertai oleh 100, 000 orang. Kali ini penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Ada pihak meramalkan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan sewal bulan depan atau selewat-lewatnya Mac tahun depan.

Hasrat penganjur Bersih menimbulkan kegusaran kepada Putrajaya dan beberaka kumpulan pro-Umno membuat laporan polis mendesak perhimpunan itu dibatalkan.

"Ia satu tekanan yang telah berjaya kita berikan kepada pihak kerajaan untuk kita galas satu pilihan raya yang adil dan bersih, jadi ini merupakan satu respon yang menujukkan mereka bimbang terhadap kebangkitan rakyat semakin menuntut hak mereka untuk melihat satu pilihan raya yang benar-benar menepati ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan demokrasi."

Beliau turut kecewa dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan perhimpunan tersebut boleh mengakibatkan huru-hara.

"Satu pandangan yang saya rasa tidak sepatutnya lahir daripada seorang Menteri seperti Hishamuddin, dia tidak boleh menuduh perkara itu tanpa perhitungan yang adil. Ini jelas menunjukkan sikap terdesak beliau bila kita mahu mengadakan satu perhimpunan yang aman tetapi dia telah buat kenyataan yang memberikan kesalahan sebelum perhimpunan itu diadakan." -tvsnews






Dalam Melangakah Terkadang Diri d ujI Dengan Ujian Yg terasa Berat HinGGa dri Terduduk&menaNgis..Perit Terasa tP KetahuiLAh&RenungilaH KembaLi ke Dalam dri....MungKin Dia HadirKan air MaTa Tika itu UTk menJahiT KemBali SejaDah iMan yg Kian TerKoyak LanTAraN Ada LanGkaH2 yg TerSasaR dr KeikHlasn..SeEMOga dri d TetapKan iman..D Setiap KepayahAn ada KemanisAn..^_^

9 comments:

ieylanor said...

itu dia liyana..TAKBIR!!

Unknown said...

>mek la

cepat nya ang mek...hehe...pening aku buat post ni...abih effect aku nya gadget td...huhu...ujian betui...akhirnya berjaya...pada hai besa2 ja=)

takbir!!

hidayah azman said...

ayuh.ke arah bersih!

ORLANDO AHMAD said...

gua boikot BERSIH sempena gua boikot PAS kerana meninggalkan perjuangan negara Islam, bersekongkol dengan kafir dan mencaci sesama muslim, ini bukan ape yg Quran ajar...Rasulullah bertegas dengan orang2 kafir dan bersikap kasih sayang terhadap sesama muslim (bilmukminiina ro u furrohiim)... kalo salah sila dakwah, bukan meninggalkan prinsip Islam... (sekadar pendapat)...

ORLANDO AHMAD said...

tapi kalo sape2 nak pergi, pergi laa, jaga diri baik2 kat sana...

Unknown said...

>jari terbarai..

TQ atas pendapat tu... sy nak komen lebih2 pun xreti...tapi sy yakin dgn kepimpinan atas...ulama warisatul anbiya'.....depa menjalankan TAHALUS SIYASI. rasanya ust mesti lah lebih maklum pasai benda tu kan. dan bukan nya bersekongkol..mereka masih berwaspada dan yang pentg selagi yg puak DAP tu xwat benda langgaQ syariat...xpa...tp still kena berhati-hati....itu lah...nanti kita belajaQ lagi lah ya...bnyk lagi yg kita tak tahu.

cuba untuk belajaQ..insha Allah..Allah akan tunjuk jalan dia...

p/s: sy xle p pun sbb jauh...

klu dengaQ cerita org mesir....depa rasa bahagia dan bangga dapat meluahkan dan menegur pemimpin mereka melalui perhimpunan "SAURAH 25 jan" ritu sbb kurang nya pertumpahan darah dan dia di buat secara aman. itulah cara depa nak teguQ pemimpin kuku besi....jadi...paham tujuan...=)

Mohamadazhan.com said...

Dalam dakwah Islam...ada ketika Rasulullah berlembut dengan sahabatnya...ada tika baginda merah padam muka kerana marah...Apakah Islam hanya mengajar umatnya berlemah lembut semata?

Kenyataan ini menjawad persoalan saudara di atas...bukan menganjur keganasan...=)

setuju dengan albanat tentang tahalus siyasi...baginda nabi juga bekerjasama dengan yahudi dan nasrani semasa mentadbir Madinah..tetapi punya had dan batasan.

persoalan ni sangat panjang...tetapi sudah dijawab dalam sirah dan sejarah lalu...

Unknown said...

>azhan


syukron na explain...alhamdulillah..^_^

sirrulasrar said...

bersihkan sampai bersih...hati pon mau bersih..peace